• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Varian terkecil iPhone 12 ini sepatutnya jadi iPhone SE 2020

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:42 pm
  • 19/06/2020
  • Komen
Varian terkecil iPhone 12 ini sepatutnya jadi iPhone SE 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Pastinya ramai peminat telefon Apple menantikan kemunculan model iPhone 12. Walaupun tarikh pelancarannya belum diketahui, banyak gambaran tentang model baharu itu telah dikongsikan oleh pelbagai pihak. Antara khabar yang dikongsikan adalah rekaan sisi rata seperti iPhone 5 dan penempatan kamera seperti iPhone 11.

Dijangkakan dalam empat varian iPhone 12, Apple akan memperkenal salah satunya dengan skrin seluas 5.4”. Ia difahamkan lebih kompak daripada model iPhone SE 2020.



Cerita tentang model paling asas dalam varian iPhone 12 ini, dikongsikan menerusi twitter @EveryApplePro. Beliau yang popular sebagai Youtuber, menunjukkan acuan rekaan CAD iPhone 12 dengan skrin 5.4” dan membandingkannya dengan iPhone SE 2020.

People who love tiny phones are in for a treat with the new 5.4-in iPhone. Smaller than a new SE! pic.twitter.com/cTSH2LBzKA

— EverythingApplePro (@EveryApplePro) June 18, 2020

Berdasarkan status berkenaan, perbezaan ketara antara kedua model adalah saiz skrin, ukuran bingkai, penempatan kamera hadapan, butang Home, rekaan sisi dan kamera belakang.



Berdasarkan rekaan CAD, varian iPhone 12 mempunyai skrin penuh dengan takuk untuk kamera yang lebih kecil daripada iPhone 11. Bingkai skrinnya juga lebih nipis dan ia tiada butang home. Difahamkan semua model iPhone 12 akan dilengkapi paparan OLED, cip A14 Bionic dan menyokong rangkaian 5G. Dijangkakan tanda harganya juga bermula antara USD 649 dan USD 749.

Dibandingkan dengan iPhone SE 2020 yang mempunyai skrin 4.7”, ia mempunyai bingkai yang lebih tebal di bahagian atas dan bawah. Tambahan pula, telefon itu mempunyai butang Touch ID yang berfungsi sebagai butang Home dan pengesan cap jari. Rekaan sisinya juga melengkung dan ia hanya mempunyai 1 kamera belakang.

Sudah tentu, ramai yang mahu sekurang-kurangnya varian paling asas iPhone 12 dengan skrin 5.4”, ditawarkan pada harga yang berpatutan. Sepatutnya, iPhone SE 2020 direka dengan imej varian terkecil ini. Baru pembeli rasa puas hati memiliki telefon bajet, tetapi punyai rekaan yang lebih kompak.

Sumber: Phone Arena

Tags: appleApple iPhone 12iphone 12
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER