• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Rupa sebenar ASUS ROG Phone 3 muncul

  • OLEH Najib
  • 1:40 pm
  • 19/06/2020
  • Komen
Rupa sebenar ASUS ROG Phone 3 muncul
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun ASUS masih belum membuka mulut tentang pelancaran telefon gaming mereka, ROG Phone 3, rupa sebenar telefon tersebut telah tersebar di alam maya. Perkara ini didedahkan melalui satu video hands-on.

Video tersebut menunjukkan bahagian depan dan belakang telefon ASUS ROG Phone 3, serta antaramuka utamanya. Tetapi ia tidak memperlihatkan bahagian atas dan bawah telefon.



https://youtu.be/a9DBMUhp0eM

Apa yang ditunjukkan oleh video ini selaras dengan maklumat yang telah dipaparkan di TENAA. Di bahagian depan, skrin ini tiada takuk dan lubang kerana memiliki bingkai tebal di atas dan bawah skrin.

Di belakang pula, terdapat 3 kamera bersama 2 LED Flash di sebelah atas. Logo ROG berlampu RGB turut menyala menunjukkan lampu yang boleh berubah warna. Telefon yang ditunjukkan ini turut memiliki teks Tencent Gaming di bawahnya



Tahun lepas, ASUS memperkenalkan ROG Phone 2 edisi Tencent yang jauh lebih murah dari edisi biasa. Edisi Tencent ini memiliki spesifikasi paling rendah, dengan RAM 8GB dan storan 128GB sahaja. Jika ASUS turut memperkenalkan Edisi Tencent bagi ROG Phone 3, bermakna pengguna boleh menjangkakan harga yang murah untuk model asas telefon ini.

Di Malaysia sebelum ini, ROG Phone 2 dilancarkan pada awalnya dengan harga bermula dari RM3,499, dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Beberapa bulan selepas itu, barulah ASUS memperkenalkan Edisi Strix yang lebih murah, berharga RM2,499 yang disertakan RAM 8GB dan storan 128GB.

Rupa fizikal ROG Phone 3 amat mirip dengan ROG Phone 2. Adakah ASUS akan mengekalkan varian yang sama, dengan harga yang sama juga kali ini? Harap-harapnya begitulah, baru lebih ramai orang mampu miliki telefon gaming yang lebih hebat tahun ini.

Sumber: GSMarena

Tags: asusASUS ROG Phone 3
Najib

Najib

POPULAR

Rupa sebenar ASUS ROG Phone 3 muncul

Rupa sebenar ASUS ROG Phone 3 muncul

19 June 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER