Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony beli sebahagian Epic Games, nilai studio melonjak kepada RM76.27b

Sony dilaporkan kini miliki 1.4% studio pembangun permainan Epic Games. Ia selepas syarikat jepun itu membelanjakan USD250 juta untuk beroleh pegangan saham pembangun Fortnite itu. Pengasas studio, Tom Sweeney dikatakan masih miliki saham majoriti dan Tencent jadi antara pemegang taruh terbesar iaitu 40%.

Ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Semasa pengumuman enjin permainan Unreal Engine 5 dalam bulan Mei yang lalu, Sweeney sangat memuji keupayaan konsol Playstation 5 semasa mendemonstrasikan enjin permainan generasi baru menggunakan konsol generasi baru.

Pelaburan Sony pula dilihat strategik kerana kerana Sony ada subsidiari yang menghasilkan permainan iaitu Sony Interactive Entertainment (SIE) dan game terbaru SIE yang bakal menemui anda, Ghost of Tsushima, mungkin gunakan Unreal Engine.

Di pihak Epic Games pula, merkea beroleh manfaat daripada cakupan luas jenama Sony dalam pelbagai industri. Mereka kini ada akses mudah kepada Sony Pictures dan Sony Music untuk projek-projek masa depan.

Tindakan Sony tersebut menjadikan nilai Epic Games melonjak kepada USD17.86 billion.

Sumber: VentureBeat

BACA  OnePlus Nord jelmaan OnePlus 8 pada harga jauh lebih murah