• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan baru Unifi gabung hiburan, 4G tanpa had dan jalur lebar berkelajuan sehingga 800Mbps

  • OLEH Najib
  • 10:18 am
  • 25/08/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi kini memperkenalkan sebuah pelan yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang mahukan internet tanpa had di dalam dan di luar rumah. Pelan ini juga memberikan pengguna kandungan hiburan sekeluarga menyeluruh di samping liputan WiFi yang lebih luas di rumah.

Pelan ini sebenarnya adalah pelan jalur lebar di rumah, dengan kelajuan jauh lebih tinggi yang baharu. Jika sebelum ini Unifi hanya menawarkan pelan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 300Mbps sahaja, kini mereka menawarkan pelan jalur lebar 500Mbps dan 800Mbps. Pelan ini disertakan dengan 6 bulan akses premium ke VIU dan YuppFlix serta router WiFi Mesh percuma.



Untuk pelan 800Mps, harga langganannya ialah RM349/bulan. Ia memiliki kelajuan muat turun 800Mbps dan muat naik 200Mbps, bersama pangilan tanpa had ke talian tetap dan 600 minit panggilan ke talian tempatan lain. Pelanggan turut menerima router Wifi Mesh percuma dari jenis TP-Link Deco M9, bernilai RM999.

Pelan 500Mbs pula berharga RM249/bulan, memberikan kelajuan muat turun 500Mbps dan muat naik 200Mbps. Selain itu, pelan ini turut datang dengan pangilan tanpa had ke talian tetap dan 600 minit panggilan ke talian tempatan lain. Router Wifi Mesh percuma turut diberikan iaitu TP-Link Deco M9 bernilai RM999.



Pelanggan juga layak mendapatkan Unifi Plus Box dengan Unifi TV Ultimate Pack, serta pelan mudah alih Unifi Mobile dengan internet, panggilan dan SMS tanpa had bersama data hotspot 10GB, dengan menambah RM29/bulan. Tawaran ini diberikan selama 24 bulan pertama sahaja dan kembali ke harga asal RM59/bulan selepas itu.

Tawaran tambahan Unifi Plus Box, Unifi TV Ultimate Pack dan Unifi Mobile ini turut disediakan untuk pelan 300Mbps, 100Mbps dan 30Mbps. Tetapi harga yang dikenakan selepas tamat 24 bulan sedikit berbeza, bertambah sekitar RM10-RM40/bulan. Semua langganan baru dan naik taraf pelan, dikenakan kontrak selama 24 bulan.

Sebelum ini, kelajuan 800Mbps dan 500mbps hanya diberikan kepada pelanggan lama Unifi yang menerima naik taraf Unifi Turbo. Untuk perbandingan, pelan jalur lebar Maxis berkelajuan 500Mbps dikenakan bayaran RM219/bulan manakala pelan 800Mbps pula RM299/bulan. Di TIME pula, harga pelan 500Mbps ialah RM139/bulan dan 1Gbps adalah RM199/bulan.

Maklumat lanjut tentang pelan baru Unifi ini boleh dirujuk di laman web Unifi Home Fibre Broadband.

Tags: Unifi
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Pelan baru Unifi gabung hiburan, 4G tanpa had dan jalur lebar berkelajuan sehingga 800Mbps

25 August 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN