• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 732G diumum dan POCO jadi yang pertama gunakannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:17 am
  • 01/09/2020
  • Komen
Snapdragon 732G diumum dan POCO jadi yang pertama gunakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah mengumumkan satu cip baru dalam siri 700.

Snapdragon 732G adalah kesinambungan kepada 730G yang telah diperkenalkan mereka dalam bulan April 2019 yang lalu. Anda boleh jangkakan SoC ini akan memperkasa telefon kelas pertengahan berharga RM1,000 hingga RM2,500 jika dilihat pada leluhur siri ini.



Daripada segi spesifikasi, jangkakan naik taraf minimum berbanding 730G. Asasnya, di bahagian CPU, teras utamanya telah di-overclock sebanyak 4.55% kepada 2.3GHz manakala GPU-nya dilapor memberikan 15% lebih prestasi.

Lain-lain komponen adalah masih sama seperti sokongan modul RAM LPDDR4X sehingga 1.87GHz, modem X15 LTE, dan dibangunkan daripada acuan 8nm.



Qualcomm tidak menyatakan bilakan telefon yang diperkasa produk ini akan mula membanjiri pasaran. Namun begitu, mereka ada beritahu yang POCO akan jadi pertama menggunakannya. Sungguhpun tidak dinyatakan secara khusus, ramai yang boleh meneka yang telefon POCO X3 akan dilancarkan menggunakan SoC ini sebab POCO X2 yang lalu gunakan Snapdragon 730G.

Sekiranya anda malas nak menunggu telefon Snapdragon 732G, anda boleh dapatkan beberapa telefon ber-Snapdragon 730G di Malaysia seperti:

  • Mi 9T – RM1,399
  • Mi Note 10 – RM2,299
  • Oppo Reno2 – RM2,299
  • Samsung Galaxy A80 – RM2,499
  • Samsung Galaxy A71 – RM1,799

Sumber, Menerusi

Tags: PocoPoco X3QualcommSnapdragon 732G
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 732G diumum dan POCO jadi yang pertama gunakannya

Snapdragon 732G diumum dan POCO jadi yang pertama gunakannya

1 September 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN