• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peluang beli Poco X3 dengan diskaun RM 150 dan percuma Black Shark Funcooler kembali

  • OLEH Najib
  • 7:20 pm
  • 15/09/2020
  • Komen
Peluang beli Poco X3 dengan diskaun RM 150 dan percuma Black Shark Funcooler kembali
Share on FacebookShare on Twitter

Xioami Malaysia hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar Poco X3 yang baru, akan mula dijual di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada bermula 17 September 2020. Sebelum ini, ia hanya dijual di Shopee sahaja.

Jualan di Lazada lebih baik dari Shopee kerana, stoknya datang dari Malaysia. Di Shopee, tempahan dihantar dari China. Tetapi jika anda menanti jualan di kedai fizikal, ia masih belum diketahui.



Paling menarik sekali, pembelian hari pertama Poco X3 di Lazada akan turut menerima diskaun, sebanyak RM 100 untuk varian 64GB, dan RM 150 bagi varian 128GB.

  • Poco X3 (6GB+64GB) – RM 899 RM 799
  • Poco X3 (6GB+128GB) – RM 1,099 RM 949

Tetapi jika anda merupakan salah seorang dari 100 pembeli pertama Poco X3 di Lazada, anda akan turut menerima hadiah percuma, berupa Black Shark FunCooler bernilai RM 139. Ia tawaran yang hampir sama dengan jualan hari pertama di Shopee minggu lepas.



Jika anda belum kenal, Poco X3 merupakan peranti yang dikuasakan pemproses Snapdragon 732G, bersama RAM LPDDR4x 6GB dan storan UFS 2.1 sehingga 128GB. Ia juga menerima kad mikroSD dalam slot hibrid.

Tarikan utama yang menjadikan Poco X3 peranti gaming kelas pertengahan terbaik kini, adalah skrin LCD 6.67-inci 120hz dan speaker stereo. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah. Baterinya juga besar, 5,160mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

Ia ada 4 kamera belakang, gandingan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 13MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapannya 20MP, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Kenali Poco X3 dengan lebih mendalam menerusi video kami di bawah ini.

Tags: LazadaPocoPoco X3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Peluang beli Poco X3 dengan diskaun RM 150 dan percuma Black Shark Funcooler kembali

Peluang beli Poco X3 dengan diskaun RM 150 dan percuma Black Shark Funcooler kembali

15 September 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN