• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom beri lagi internet percuma tanpa had berkelajuan tinggi selama 6 jam hari ini

  • OLEH Najib
  • 11:06 am
  • 11/10/2020
  • Komen
Celcom beri lagi internet percuma tanpa had berkelajuan tinggi selama 6 jam hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Semua pengguna Celcom, boleh menikmati hari Ahad yang lebih baik apabila Celcom memberikan internet berkelajuan tinggi percuma hari ini. Ini adalah pemberian kali kedua Celcom, selepas gangguan rangkaian Celcom berlaku pada hari Ahad lepas.

Rangkaian Celcom telah tergendala sekitar 3 jam pada 4 Oktober lepas, dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Sebaik sahaja rangkaian kembali pulih, Celcom menawarkan internet percuma tanpa had berkelajuan tinggi selama 6 jam, pada hari yang sama.



RM0 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI FEEL GOOD SUNDAY PERCUMA. Kami sudah berusaha sedaya upaya memberikan servis yang terbaik buat pelanggan kami, namun, perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Justeru, kami amat memahami gangguan yang terjadi dalam kehidupan harian anda adalah sesuatu yang tidak diingini. Kami akan terus memberikan anda liputan terluas dan bekerja keras untuk memastikan pengalaman rangkaian yang terbaik untuk anda. Nikmati Internet BERKELAJUAN TINGGI PERCUMA tanpa had yang akan diaktifkan secara automatik dari 12 tengah hari – 6 petang, Ahad ini, 11 Oktober 2020 dari kami. Semak status Feel Good Sunday Internet tanpa had anda di aplikasi Celcom Life http://bit.ly/celcomlifeapp . Terima kasih atas kesabaran anda. #StaySafe dan #StayConnected bersama kami. Ikhlas, Celcom

Jika anda pengguna pascabayar atau prabayar Celcom, pasti anda telah menerima SMS mengenai promosi Feel Good Sunday, seperti di atas. Ia menyatakan, semua pengguna Celcom akan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi percuma tanpa had, dari pukul 12 tengah hari hingga 6 petang, hari Ahad ini, 11 Oktober 2020.

Pemberian ini akan diberikan secara automatik, tiada pengaktifan perlu dilakukan pengguna. Tidak melanggan pelan data juga boleh menikmati internet tanpa had percuma ini, asalkan talian anda aktif. Malah, penggunaan hotspot tanpa had juga dibenarkan dalam tempoh ini.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk ke ruangan soalan lazim (FAQ) Celcom.

Tags: celcom
Najib

Najib

POPULAR

Celcom beri lagi internet percuma tanpa had berkelajuan tinggi selama 6 jam hari ini

Celcom beri lagi internet percuma tanpa had berkelajuan tinggi selama 6 jam hari ini

11 October 2020
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN