Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

i-Sinar KWSP: Maklumat yang anda perlu tahu

Buat pencarum KWSP yang ingin mengakses simpanan di Akaun 1, KWSP telah menerbitkan perincian berkaitan inisiatif tersebut yang diberi nama i-Sinar. Peliknya, dalam satu kenyataan media bertarikh 14 November 2020, mereka katakan yang perincian akan diumumkan pada 18 November 2020. Walau apapun, ini maklumat terkini i-Sinar yang anda perlu tahu.

Siapa yang layak?

Perkara paling penting adalah tentang siapakah yang layak. Namun, maklumat itu masih samar-samar kerana ada tiga golongan yang dimaklumkan KWSP, layak untuk memohon iaitu:

  1. Golongan hilang pekerjaan
  2. Golongan diberi cuti tanpa gaji
  3. Golongan tiada sumber pendapatan

Berapa banyak boleh keluar?

Itu bergantung kepada berapa banyak amaun yang terkumpul dalam Akaun 1 pencarum. KWSP membahagikan kepada dua golongan.

  • Akaun 1 kurang daripada RM90,000
  • Akaun 1 lebih daripada RM90,000

Pencarum yang ada baki Akaun 1 kurang daripada RM90,000 boleh keluarkan sehingga RM9,000. Pola pembayaran adalah pada bulan pertama, sehingga RM4,000 boleh dikeluarkan manakala bakinya akan dikreditkan secara berkala untuk 5 bulan yang berikutnya.

Pencarum yang ada baki Akaun 1 melebihi RM90,000 mereka boleh mengakses sebanyak 10% daripada simpanan dan maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM60,000.

Pola pembayaran untuk kategori ini adalah sehingga RM10,000 pada bulan pertama dan bakinya dikreditkan secara berkala untuk 5 bulan yang berikutnya.

Kena bayar balik?

KWSP memberitahu sekiranya pencarum menggunakan i-Sinar, akan ada perubahan pada caruman anda daripada segi ke akaun manakah yang akan disalurkan.

Sungguhpun amaun caruman tidak berubah, golongan yang gunakan i-Sinar akan dapati caruman bulanan mereka akan disalurkan 100% ke dalam akaun 1 berbanding 70% (Akaun 1) +30% (Akaun 2).

Perubahan tersebut akan berlanjutan sehingga semua amaun yang “didahulukan” i-Sinar telah dibayar balik. Menurut KWSP, Akaun 1 sangat penting untuk menampung ahli mereka sewaktu bersara dan pertimbangan sewajarnya perlu dilakukan sebelum memohon i-Sinar.

BACA  Caruman KWSP turun kepada 9%? Ini cara untuk kekalkan pada 11%

Kemudahan i-Sinar dan i-Lestari adalah dua benda berbeza. i-Lestar adalah kemudahan untuk keluarkan daripada Akaun 2 tanpa beri kesan pada caruman anda.

Bila boleh mohon?

Sekiranya anda ingin menggunakan kemudahan i-Sinar, permohonan boleh dilakukan bermula Disember 2020 dan pembayaran pertama akan dilakukan dalam bulan Januari 2021 ataupun sebulan seterusnya daripada bulan permohonan.

[Sumber: KWSP]

Bacaan berkaitan