Langgan Maxis Home Fibre dengan kelajuan 3x ganda apabila menambah pakej Astro

Jika anda berminat melanggan Astro bersama pelan jalur lebar tetap di rumah, Maxis kini ada menawarkan pakej gabungan jalur lebar tetapnya bersama Astro. Lebih menarik lagi, Maxis menawarkan naik taraf kelajuan kepada 300Mbps, tetapi membayar harga 100Mbps sahaja jika menambah pakej Astro.

Pelan Maxis Home Fibre ditawarkan dari kelajuan 30Mbps berharga RM89/bulan, sehingga kelajuan 800Mbps berharga RM299/bulan. Jika anda melanggan pelan 300Mbps dan ke atas, anda akan diberi rebat RM20/bulan selama 24-bulan. Sebab itu Maxis memberikan naik taraf kelajuan, sebab beza harga pelan 300Mbps dan 100Mbps adalah RM20 sahaja.

Untuk menambah pakej Astro, ia ditawarkan dari serendah RM61.32/bulan dengan Starter Pack, RM80/bulan Value Pack dan RM115/bulan bagi Super Lite Pack. Jika anda mahukan TV 4K Samsung 65-inci, anda boleh mendapatkannya dari RM1/bulan. Dengan syarat, mestilah melanggan pelan mudahalih Maxis Postpaid juga.

Starter Pack menyediakan pilihan pek asas bahasa Melayu, Cina atau Tamil. Manakala Value Pack menyediakan 4 pek asas dengan tambahan bahasa Inggeris, bersama pakej Liga Perdana. Super Lite Pack adalah pakej tertinggi, memberi semua saluran Sukan serta tambahan 2 pek mini, antara pek Learning, News, Variety atau Kids.

Caj pemasangan RM99 dikenakan untuk dekoder Astro HD PVR, atau RM199 untuk Astro Ultra Box. Tetapi jika anda memilih Super Lite Pack, caj pemasangan Astro Ultra Box dikecualikan.

Kedua-dua pelan Maxis Home Fibre dan Astro, datang bersama kontrak selama 24-bulan. Jika anda pengguna talian mudahalih Maxis Postpaid, anda akan menerima naik taraf pelan Maxis Postpaid termasuk talian tambahan kepada kuota tanpa had, jika melanggan pelan Maxis Home Fibre.

Dari ruangan soalan lazim FAQ, rebat RM20/bulan hanya diberikan selama 24-bulan. Anda boleh menaik taraf pakej Astro dalam tempoh kontrak, tetapi penurunan pakej akan dikenakan penalti. Jika pakej Astro ditamatkan sebelum habis kontrak, penalti sebanyak RM1000/24 darab baki bulan, akan dikenakan.

Maklumat lanjut berkenaan tawaran Maxis Home dan Astro ini boleh didapati di laman web Maxis Home Fibre Broadband.

Bacaan Berkaitan