• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A15, bawa rupa baru untuk telefon mampu milik Oppo

  • OLEH Najib
  • 3:48 pm
  • 09/12/2020
  • Komen
Oppo A15, bawa rupa baru untuk telefon mampu milik Oppo
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia baru-baru ini melancarkan satu lagi telefon pintar mampu milik sebelum menamatkan tahun 2020. Oppo A15 akan dijual di Malaysia pada harga RM499 sahaja, datang bersama storan dalaman 32GB.

Bila dibandingkan dengan jenama lain, tiada kelebihan ketara terdapat pada Oppo A15. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio P35, bersama RAM 3GB dan storan 32GB, serta menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Perkakas yang serupa juga digunakan di kebanyakan peranti pada harga di bawah RM500.



Oppo A15 memiliki skrin LCD seluas 6.52-inci, dengan resolusi HD sahaja, 1600×720. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,230mAh, boleh dikatakan kecil kerana kebanyakan peranti di bawah RM500 memiliki bateri sekitar 4,5000mAh ke 5,000mAh. Kuasa disalurkan melalui port mikroUSB, dengan kuasa paling tinggi hanya 10W.

Jika ada pembaharuan yang ketara adalah pada rekaan modul kamera belakang. Telefon ini memiliki tiga kamera belakang di dalam modul berbentuk empat segi sama. Ia menggandingkan kamera utama 13MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4. Bulatan keempat dalam modul ini adalah LED Flash. Untuk kamera hadapan pula, ia dibekalkan sensor 8MP F2.0 dan terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.



Oppo A15 turut disertakan pengimbas capjari di belakang. Ia ada speaker mono dan jek audio 3.5mm di bawah, di samping port mikroUSB. Sistem operasi pula menggunakan ColorOS 7.2, berasaskan Android 10.

Telefon pintar Oppo A15 akan dijual di Malaysia bermula 10 Disember 2020 pada harga RM499. Ia boleh didapati di Stor Jenama Oppo, Stor Online Oppo, Pengedar Sah Oppo serta di Celcom, Maxis, Shopee dan Lazada.

Terdapat dua warna disediakan untuk Oppo A15, hitam dan putih. Maklumat lanjut telefon ini boleh diperolehi di laman produk Oppo A15.

Bacaan Berkaitan

Oppo A73: Maklumat penjualannya di Malaysia
Fon kepala Oppo Enco W51 dengan ANC dan pengecas wayarles akan tiba ke Malaysia
Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo A15
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A15, bawa rupa baru untuk telefon mampu milik Oppo

Oppo A15, bawa rupa baru untuk telefon mampu milik Oppo

9 December 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN