• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Zoom hapus had 40 minit panggilan video sempena hari cuti

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:11 pm
  • 17/12/2020
  • Komen
Zoom hapus had 40 minit panggilan video sempena hari cuti
Share on FacebookShare on Twitter

Risau dengan penularan Covid-19 membuatkan sesetengah individu sukar untuk pulang ke kampung bertemu keluarga. Namun jangan bimbang kerana anda masih boleh menemui mereka secara maya.

Aplikasi Zoom merupakan satu alternatif yang boleh anda gunakan untuk berkumpul bersama keluarga pada jarak jauh. Kebiasaannya, satu panggilan video yang dilakukan melalui Zoom akan dihentikan apabila mencapai minit ke 40.



Namun Zoom akan menghapuskan had panggilan video 40 minit di seluruh dunia kepada akaun percuma untuk beberapa hari percutian khas yang akan datang. Sekatan ini akan dihapuskan sementara waktu sahaja.

Ini merupakan satu peluang kepada individu untuk berhubung dengan keluarga atau rakan tanpa batasan.



Sumber: Zoom

Tarikh Zoom hapus had 40 minit

  • 17 Disember, 11 malam hingga 19 Disember, 7 malam
  • 23 Disember, 11 malam hingga 26 Disember, 7 malam
  • 30 Disember, 11 malam hingga 2 Januari, 7 malam

Tarikh dan masa di atas merupakan waktu Malaysia. Antara tarikh yang disediakan itu melibakan cuti umum hari Krismas dan tahun baru. Ini merupakan satu peluang untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga yang jauh pada hari cuti nanti.

Zoom boleh dimuat turun di komputer, Apple Appstore dan juga Google Playstore.

Namun, jika anda tidak mahu menggunakan Zoom, anda boleh berkumpul secara maya bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menggunakan Google Meet.

[Sumber: Zoom]

Tags: zoom
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Zoom hapus had 40 minit panggilan video sempena hari cuti

Zoom hapus had 40 minit panggilan video sempena hari cuti

17 December 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN