• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GTS 2 Mini, jam berskrin AMOLED termurah daripada Amazfit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:55 pm
  • 26/12/2020
  • Komen
GTS 2 Mini, jam berskrin AMOLED termurah daripada Amazfit
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit melancarkan satu jam tangan penjejak aktiviti dalam bernama Amazfit GTS 2 Mini. Rupanya mirip  Mi Watch Lite yang masuki Malaysia tak lama dulu pada harga RM249. Melihatkan pada spesifikasi GTS 2 Mini, saya rasakan yang ia mungkin dijual lebih rendah daripada harga tersebut sekiranya masuki Malaysia kerana jam ini tiada GPS.

Mi Watch Lite tiba di Malaysia, jam pintar dengan GPS sangat mampu milik

Setakat ini, ia hanya ada di India dan dijual pada harga INR6,999 (RM386). Pada harga tersebut, ini adalah jam berpanel AMOLED termurah daripada Amazfit.



Hal ini kerana, untuk harga yang lebih rendah daripada itu, anda dah masuk dalam kategori Amazfit Bip yang gunakan panel IPS dan transflektif.

Amazfit GTS 2 Mini, seperti namanya, dia mewarisi banyak ciri-ciri Amazfit GTS 2 yang asal. Bezanya Cuma ia tidak didatangkan dengan sensor GPS. Makanya, bila anda rakam aktiviti, data lokasi tidak direkodkan sekali dalam analisis. Sensor-sensor yang ada adalah seperti:



  • Akselerometer
  • Giroskop
  • Geomagnetik
  • Cahaya

Jam ini tiada Wi-Fi sebaliknya komunikasi dengan telefon dilakukan menggunakan protokol Bluetooth 5.0 BLE.

Di bahagian muka jam, ia gunakan panel AMOLED sebesar 1.55 inci. Segala imej dipaparkan melalui paparan beresolusi 354 x 306 pada kepadatan piksel 301 untuk setiap inci.

Baterinya 220mAh, lebih kecil tapi ada jangkamasa guna yang agak panjang. Ia boleh pergi sehingga 21 hari lamanya ataupun 7 hari dalam penggunaan berat.

Jam ini didatangkan dengan strap silikon bersaiz 20mm. Ia adalah saiz yang sama dengan model GTS 2 dan ia gunakan penyambungan universal. Maka, tiada masalah untuk cari produk pihak ketiga untuk dipadankan dengan jam tangan ini.

[Sumber: Amazfit, GSMArena]

Bacaan berkaitan

Amazfit GTR 2 & GTS 2, jam tangan kecergasan yang tak korbankan rupa untuk specs
Amazfit Neo masuki Malaysia pada harga serendah RM139
Tags: amazfitamazfit gts 2amazfit gts 2 miniwearable
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER