SBM #3 | LG nak tinggalkan perniagaan telefon pintar, Disney+ Hotstar akan tiba di Malaysia

Antara persoalan yang diketengahkan dalam Sorotan Berita Mingguan episod ini ialah, kenapa LG nak tinggalkan perniagaan telefon pintar selepas keluarkan rekaan telefon pelik? Penggodam Anonymous beri amaran apa pada kerajaan Malaysia? dan pelbagai kupasan lain lagi.

1. Penggodam Anonymous beri amaran kepada kerajaan Malaysia

Anonymous Malaysia umum akan membuat serangan siber terhadap laman sesawang dan aset dalam talian kerajaan, menerusi gerakan #OpsWakeUp21. Mereka menuduh, pembangun perisian kerajaan gagal mendidik dan meningkatkan kemahiran mereka. Untuk perincian lanjut isu ini anda boleh tekan di sini.

2. LG pertimbang untuk tinggalkan perniagaan telefon pintar

LG dikatakan mengalami kerugian selama lima tahun terakhir perniagaan. Bahkan, perlu menanggung komitmen sebanyak USD5 bilion. Ketua Pegawai Eksekutif LG, Kwon Bong-seok mengambil keputusan untuk meninggalkan pasaran telefon pintar. Ketahui berita lanjut di sini.

3. Saingan Netflix, Disney+ Hotstar akan tiba di Malaysia

Platform penstriman video Disney+ belum tersedia di Malaysia, tetapi satu akaun Instagram disneyplushotstarmy yang disahkan (verified) memberi petunjuk akan kedatangannya ke sini tidak lama lagi. Lawati halaman ini untuk berita selanjutnya.

4. SKMM hantar pasukan ke lokasi 24 jam selepas aduan diterima

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek menyatakan bahawa, pasukannya akan melawat kawasan yang mempunyai masalah jalur lebar dalam masa 24 jam selepas aduan diterima. Tekan sini untuk perincian berita.

5. WhatsApp tambah pengesahan biometrik untuk akses melalui komputer

Pengguna perlu menambah pengesahan biometrik untuk mengaktifkan akses WhatsApp melalui komputer. Sistem baru ini dihadirkan pada peranti Android yang mempunyai pengesahan biometrik dan peranti iPhone yang menggunakan iOS 14. Ketahui lebih lanjut di sini.

6. Realme X7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme Malaysia melancarkan telefon 5G baru, Realme X7 Pro. Telefon ini memiliki prestasi tinggi dan dikuasakan oleh pemproses Dimensity 1000+ 7nm. Ia hadir dengan 8-teras berkelajuan sehingga 2.6GHz dan modem 5G terbina di dalam. Teruskan bacaan mengenainya di sini.

7. Pelajar SPM boleh dapatkan bahan pendidikan percuma di SPMflix

Portal pendidikan percuma SPMflix, menyediakan pelbagai mata pelajaran dalam talian khusu untuk pelajar yang bakal menduduki SPM. Ada aktiviti kuiz dan pelbagai kelebihan lain disediakan. Dapatkan maklumat lanjut mengenai SPMflix di sini.

.