• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 11 akan dilancar di Malaysia pada 28 Februari, kuasa Snapdragon 888 pertama tiba

  • OLEH Najib
  • 5:21 pm
  • 18/02/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini menyebarkan satu perutusan di mana acara pelancaran telefon pintar flagship terbaru mereka, Mi 11 akan diadakan tidak lama lagi di Malaysia. Ia diadakan beberapa minggu selepas pelancaran antarabangsa dibuat pada 9 Februari lepas.

Majlis pelancaran Mi 11 di Malaysia akan diadakan pada hari Khamis, 25 Februari 2021. Acara ini akan dibuat dalam talian, secara langsung di Facebook Xiaomi Malaysia, bermula pukul 8 malam.



Sudah pasti, Xiaomi Malaysia akan mengumumkan harga dan tarikh mula jualan Mi 11 di Malaysia, serta promosi pengenalan jika ada, pada majlis pelancaran ini. Satu lagi perkara penting yang dinantikan, adalah kemunculan kepala pengecas di dalam kotak Mi 11 set Malaysia.

Untuk rujukan, Mi 11 dilancarkan di China tanpa kepala pengecas di dalam kotak, tetapi versi global yang dilancarkan di Eropah memiliki kepala pengecas di dalam kotak.



Kotak dan isi Mi 11 versi global

Untuk anggaran harga, kita boleh bandingkan dengan harga pelancaran Mi 11 di Eropah iaitu:

  • Mi 11 (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 749 (~RM3,672)
  • Mi 11 (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR 799 (~RM3,917)

Jika melihat pelancaran Mi 10T dahulu, harga jualan di Eropah lebih mahal sekitar RM1,000 dari harga jualan di Malaysia. Oleh itu, kami jangkakan bahawa Mi 11 kelak akan memiliki tanda harga rasmi di Malaysia seperti berikut:

  • Mi 11 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,699
  • Mi 11 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,999

Harga di atas tidak jauh berbeza dengan Mi 10 ketika dilancarkan di Malaysia tahun lepas. Mungkin Xiaomi akan menggunakan aras harga yang sama dengan Mi 11 nanti. Bagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi Malaysia pada hari pelancaran Mi 11 minggu hadapan.

Spesifikasi

Mi 11 adalah telefon pintar pertama Xiaomi dengan kuasa Snapdragon 888 5nm. Ia dibekalkan bersama RAM LPDDR5 3200Mhz 8GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB. Skrinnya dari jenis AMOLED, seluas 6.81-inci dengan resolusi tinggi 2K WQHD. Kadar penyegaran pula setinggi 120Hz dan kadar sentuhan 480Hz.

Terdapat tiga kamera belakang di Mi 11. Ia gabungan kamera utama 108MP F1.85 dengan penstabil imej optikal, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telemakro 5MP F2.4 untuk fokus seperti mikroskop. Kamera hadapannya 20MP F2.4, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Baterinya berkapasiti 4,600mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 55W, dan tanpa wayar 50W. Di samping itu, ia juga boleh mengecas tanpa wayar terbalik sehingga 10W. Untuk versi global, Xiaomi menyertakan kepala pengecas GaN 55W di dalam kotak.

Bacaan Berkaitan

Mi 11 dilancar bersama kepala pengecas GaN 55W di dalam kotak
Xiaomi melancar Mi 11 masih dengan pengecas, tetapi di luar kotak
Pengecas GaN 65W dan Speaker Pintar Xiaomi tiba di Malaysia
Tags: xiaomiXiaomi Mi 11
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023

Mi 11 akan dilancar di Malaysia pada 28 Februari, kuasa Snapdragon 888 pertama tiba

18 Februari 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER