• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S21 kini ada pilihan baru, sehingga RM300 lebih murah

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 24/02/2021
  • Komen
Samsung Galaxy S21 kini ada pilihan baru, sehingga RM300 lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan penawaran baru untuk siri Galaxy S21, dengan harga lebih murah dari tawaran sedia ada. Harga lebih murah ini ditawarkan dengan pengurangan storan, iaitu dari 256GB kepada 128GB sahaja.

Ketiga-tiga model Galaxy S21 kini boleh dibeli dengan storan lebih kecil 128GB, dengan harga sehingga RM300 lebih murah dari varian 256GB. Bagaimanapun, pilihan warna untuk varian 128GB terhad kepada satu warna sahaja.



Harga siri Galaxy S21 dengan storan 128GB dan warnanya adalah seperti berikut:

  • Galaxy S21 5G 128GB – RM3,499 (Phantom Gray)
  • Galaxy S21+ 5G 128GB – RM3,999 (Phantom Violet)
  • Galaxy S21 Ultra 5G 128GB – RM4,999 (Phantom Black)

Untuk perbandingan, harga siri Galaxy S21 dengan storan 256GB dan 512GB di Malaysia adalah:



  • Galaxy S21 5G 256GB – RM3,699
  • Galaxy S21+ 5G 256GB – RM4,299
  • Galaxy S21 Ultra 5G 256GB – RM5,299
  • Galaxy S21 Ultra 5G 512GB – RM5,899

Hadiah percuma bernilai RM697

Selain itu, Samsung juga masih meneruskan promosi hadiah percuma untuk pembelian mana-mana siri Galaxy S21, termasuk varian 128GB. Sehingga 31 Mac 2021, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM697 iaitu gelang kecergasan Galaxy Fit 2, tag Bluetooth Galaxy Smart Tag dan pad pengecas Wireless Charger Trio.

Siri Galaxy S21 yang baru ini dilengkapi cip berkuasa tinggi terbaru dari Samsung, Exynos 2100 bersama 5G. Galaxy S21 dan S21+ memiliki skrin HD Penuh rata 120Hz, manakala Galaxy S21 Ultra dipasang skrin QuadHD melengkung 120Hz.

Satu pembaharuan terbesar di siri Galaxy S21 ialah tiada lagi kepala pengecas dan fon telinga diberikan di dalam kotak. Pengguna yang masih mahukan kepala pengecas Samsung 25W USB-C yang asli, boleh membelinya pada harga RM79.

Bacaan Berkaitan

7 perbezaan antara Samsung Galaxy S21 Ultra 5G dengan Galaxy S20 Ultra 5G
Tiada lagi pengecas dan fon telinga di Galaxy S21, ini harga dijual berasingan
Samsung Galaxy S21 & S21+: Semua perkara yang anda perlu tahu
Samsung Galaxy S21 Ultra: Semua perkara yang anda perlu tahu
Tags: samsungSamsung Galaxy S21
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Samsung Galaxy S21 kini ada pilihan baru, sehingga RM300 lebih murah

Samsung Galaxy S21 kini ada pilihan baru, sehingga RM300 lebih murah

24 February 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN