• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon baru Wiko ini ada tenaga bateri sehingga 4 hari

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 17/03/2021
  • Komen
Telefon baru Wiko ini ada tenaga bateri sehingga 4 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan dua telefon pintar baru mereka, dikenali sebagai Power U10 dan Power U20. Ia mengekalkan harga mampu milik yang menjadikan mereka popular, tetapi kini dengan tenaga bateri yang tahan lebih lama dari biasa, sehingga 4 hari.

Seperti biasa, Wiko menawarkan jaminan selama 1 tahun untuk peranti baru ini, bersama jaminan pertukaran 1-ke-1 selama 120 hari jika ada masalah, tertakluk kepada terma dan syarat.



Wiko Power U20

Ini adalah telefon yang sangat menarik untuk digunakan bagi kegunaan biasa, seperti untuk kanak-kanak belajar dari rumah atau orang tua yang hanya perlu fungsi asas telefon pintar. Ini kerana ia menampilkan skrin sangat besar berukuran 6.82-inci, dengan resolusi HD 1640×720 dan bertakuk kecil.

Di samping itu, tarikan utamanya adalah kapasiti bateri yang sangat besar juga, 6,000mAh. Tetapi ia masih mengecas melalui sambungan mikroUSB. Menurut Wiko, bateri ini boleh memberi tenaga kepada Power U20 sehingga 4 hari lamanya.



Telefon ini dikuasakan cip Mediatek Helio G35, bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan.

Terdapat tiga kamera belakang di Wiko Power U20, gandingan kamera utama 13MP, kamera potret 2MP dan kamera ketiga dipanggil kamera AI. Kamera AI ini dilaporkan membantu meningkatkan kecerahan gambar apabila ditangkap. Kamera hadapan pula 5MP.

Wiko mengekalkan jek audio pada telefon ini, serta masih boleh menggunakan radio FM. Sistem operasi terkini, Android 11 digunakan sebagai penggera operasi. Butang fizikal khas Google Assistant terdapat di sisi, untuk akses pantas.

Terdapat tiga warna pilihan untuk Wiko Power U20 iaitu Slate Grey, Navy Blue dan Mint.

Wiko Power U10

Masih bertenaga tetapi dengan harga lebih rendah, Wiko U10 menyediakan abteri berkapasiti 5,000mAh di dalamnya, memberi kuasa penggunaan sehingga 3.5 hari. Ia juga memiliki skrin besar, 6.82-inci HD bertakuk.

Kuasa Wiko Power U10 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio A25, RAM 2GB dan storan 32GB. Kad mikroSD sehingga 256GB juga diterima. Untuk mengambil gambar, ia ada 1 kamera 13MP di belakang dan dan kamera 5MP di hadapan.

Walaupun prestasi kelas permulaan, Wiko Power U10 boleh berjalan dengan lancar kerana ia menggunakan sistem operasi Android 11 Go Edition. Ia juga menyokong dua kad sim nano 4G untuk digunakan serentak.

Warna yang disediakan untuk Wiko Power U10 adalah Carbone Blue, Denim Blue dan Turqoise.

Harga dan Tarikh Jualan

Wiko Power U20 dan Wiko Power U10 akan mula dijual di Malaysia pada 17 Mac 2021, dari semua pengedar sah Wiko. Ia hadir bersama jaminan selama 1 tahun dan jaminan penggantian 1-ke-1 dalam 120 hari. Wiko juga memberikan pelindung skrin dan casing siap di dalam kotak.

Wiko Power U20
Wiko Power U10

Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Wiko Power U20 (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM 429
  • Wiko Power U10 (RAM 2GB + Storan 32GB) – RM 379

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Wiko Power U20 dan Wiko Power U10.

Bacaan Berkaitan

Wiko Y62 dipertingkat kehebatan, harga kekal di bawah RM300
Reviu Wiko Y61: Telefon RM300 boleh jalan semua aplikasi?
Wiko WiShake Extra diperkenal dengan dua bekas pengecas
Tags: WikoWiko Power U10Wiko Power U20
Najib

Najib

POPULAR

Telefon baru Wiko ini ada tenaga bateri sehingga 4 hari

Telefon baru Wiko ini ada tenaga bateri sehingga 4 hari

17 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER