• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Saham Digi & Axiata digantung pagi ini, ura-ura penggabungan Celcom & Digi akan diumum

  • OLEH Najib
  • 11:05 am
  • 08/04/2021
  • Komen
Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 4.00PM: Axiata dan Telenor mengesahkan penggabungan di Malaysia, menjadi Celcom Digi Berhad


Dua syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, Digi.com Berhad dan Axiata Group Berhad, telah menggantung urusan perdagangan saham mereka di Bursa Malaysia pagi ini.



Tidak dinyatakan apakah sebabnya tetapi ramai penganalisa pasaran menjangkakan, ia berkaitan penggabungan Celcom dan Digi di Malaysia. Celcom dimiliki oleh syarikat Axiata Group Berhad manakala Telenor Group adalah pemilik Digi.

Berita penggabungan Celcom dan Digi telah hangat diperkatakan pada tahun 2019, tetapi ia menemui jalan buntu. Ketika itu, Telenor dan Axiata di dalam perbincangan untuk menggabungkan operasi syarikat mereka di rantau Asia, termasuk di Malaysia.



The Edge melaporkan, sumber dalaman yang rapat dengan perkara tersebut menyatakan bahawa penggabungan ini hanya melibatkan Malaysia sahaj, tidak lagi operasi seluruh rantau Asia. Ini kerana penggabungan di skala besar lebih kompleks dan memerlukan kelulusan perundangan yang lebih ketat.

Penggabungan ini juga dikatakan sebagai respon kepada pengumuman kerajaan Malaysia untuk membangunkan 5G melalui syarikat khas, supaya ia dapat digerakkan dengan pantas dan efektif.

Digi dan Celcom dijangka akan mengadakan sidang media pada petang ini, untuk mengumumkan secara rasmi tentang perkara ini.

[Sumber: The Edge]

Tags: celcomdigi
Najib

Najib

POPULAR

Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini

Saham Digi & Axiata digantung pagi ini, ura-ura penggabungan Celcom & Digi akan diumum

8 April 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN