• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Sudah ada ruang audio Spaces, kenapa Twitter mahu beli Clubhouse?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:46 pm
  • 08/04/2021
  • Komen
Sudah ada ruang audio Spaces, kenapa Twitter mahu beli Clubhouse?
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Twitter ada perkenalkan ciri terbaru kepada penggunanya, ia dikenali sebagai Spaces. Fungsinya sama seperti Clubhouse. Tetapi ciri itu masih berada dalam fasa beta pada bulan lalu.

Walaupun sudah tampil dengan ruang audio sendiri, tetapi baru-baru ini dikhabarkan Twitter berbincang mahu membeli Clubhouse dengan harga sekitar USD 4 bilion. Tetapi rundingan nampaknya tidak berjaya dan tidak diketahui kenapa. Perkara ini diketahui oleh Bloomberg dari sumber yang enggan disebut namanya.



Kemudian, melalui satu laporan Bloomberg, ClubHouse cuba mendapatkan dana pelaburan sebanyak USD4 bilion, dipercayai nilai yang sama untuk pengambilalihan oleh Twitter.

Sehingga kini masih belum diketahui secara spesifik kenapa perbincangan antara Twitter dan Clubhouse terhenti. Adakah mungkin kerana Twitter menawarkan harga tidak berbaloi, walhal Clubhouse semakin berkembang? dan kenapa Twitter mahu membeli Clubhouse?



Sejak diwujudkan, aplikasi Clubhouse ini amat popular dan digunakan oleh ramai individu berpengaruh seperti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, malah Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg pun menggunakan aplikasi ini.

Walaupun mendapat sambutan memberangsangkan tetapi banyak juga saingan yang muncul. Contohnya Twitter tampil dengan Spaces, Facebook juga ada ura-ura mahu wujudkan ruang audio sama seperti Clubhouse.

Namun, Clubhouse tetap hadir dengan pelbagai inovasi baru, seperti mengadakan program “Clubhouse Creator First” dan menawarkan ciri pembayaran yang membolehkan pencipta kandungan menerima wang daripada pengguna lain. Tetapi satu sahaja kelamahan Clubhouse sekarang, ia tidak boleh digunakan melalui Android.

[Sumber: TheVerge, Bloomberg]

Tags: ClubhouseTwitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sudah ada ruang audio Spaces, kenapa Twitter mahu beli Clubhouse?

Sudah ada ruang audio Spaces, kenapa Twitter mahu beli Clubhouse?

8 April 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN