• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #18 | Panggilan video percuma Microsoft Teams, RM150 kredit eBelia & telefon 5G termurah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:25 pm
  • 25/05/2021
  • Komen
SBM #18 | Panggilan video percuma Microsoft Teams, RM150 kredit eBelia & telefon 5G termurah
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang akan diketengahkan pada video kali ini, apakah tindakan SKMM kepada penyedia internet yang melakukan penipuan data tanpa had? panggilan video di Microsoft Teams percuma untuk siapa? Bilakah RM150 kredit eBelia boleh ditebus?

1. SKMM beri amaran kepada penyedia internet terhadap penipuan data tanpa had

SKMM memaklumkan, pelbagai tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah mengenai promosi data internet tanpa had yang mengelirukan oleh syarikat telekomunikasi. Syarikat tersebut diarahkan untuk membuat tindakan pembetulan ke atas iklan yang mengelirukan.



Berita penuh di sini.

2. Microsoft Teams percuma untuk semua, panggilan video sehingga 24 jam untuk masa terhad

Microsoft Teams tersedia secara percuma untuk kegunaan peribadi dalam kalangan keluarga dan juga rakan. Dalam kemaskini ini, Microsoft Teams menawarkan panggilan video sehingga 24 jam percuma dan boleh berhubung dengan melibatkan sehingga 300 orang untuk masa terhad. 



Baca kemaskini lanjut di sini.

3. Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh diguna di Malaysia

Tidak lama lagi, pengguna Apple Watch di Malaysia boleh menggunakan fungsi ECG (elektrokardiogram) yang terdapat di dalam jam pintar tersebut. Perkara ini ditemui di dalam kemaskini terbaru watchOS 7.5 RC (Release Candidate) yang diterima oleh pembangun perisian.

Maklumat lanjut di sini.

4. RM150 kredit eBelia boleh ditebus mulai 1 Jun di 4 platform eWallet

Kementerian Kewangan umum bahawa inisiatif kredit eBelia boleh ditebus mulai 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021. Ada 4 platform terlibat dengan kredit eBelia ini iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch n Go eWallet.

Maklumat lanjut di sini.

5. Redmi Note 10s, Redmi Note 10 5G, Mi TV P1 dan Mi TV Q1

Xiaomi Malaysia umum ketibaan telefon pintar Redmi Note 10S, telefon pintar Redmi Note 10 5G, TV pintar Mi TV P1 serta TV pintar premium, Mi TV Q1.

Xiaomi meletakkan Redmi Note 10 5G sebagai telefon pintar 5G paling murah keluaran Xiaomi di Malaysia. Bagi TV pintar siri Mi TV P1, ia datang dalam tiga saiz iaitu 32 inci, 43 inci dan 55-inci. Manakala Mi TV Q1 ada satu saiz sahaja.

6. Pelancaran siri OnePlus 9 & Jam pintar OnePlus Watch

OnePlus Malaysia mengesahkan ketibaan telefon pintar flagship terbaru mereka, siri OnePlus 9. Pelancaran telefon pintar ini turut diumumkan bersama jam pintar pertama mereka, OnePlus Watch.

Klik untuk baca spesifikasi serta harga OnePlus 9 dan OnePlus Watch.

7. Google I/O 2021

Google telah mengadakan acara tahunan Google I/O 2021 dan memperkenalkan banyak perkara baru dalam barisan perkhidmatannya. Berikut merupakan fungsi baru yang diperkenalkan:

  1. Google Search dilengkapi fungsi analisis masalah kulit
  2. Fungsi hapus sejarah carian 15 minit lepas
  3. Google Maps cadang laluan yang minimum waktu membrek.
  4. Google Photo benarkan pengguna tentukan paparan pada Memories.
  5. Sistem operasi (OS) Android 12 dan peranti yang boleh uji Android 12 Beta sekarang
Tags: apple watchgoogle i/o 2021Kredit eBeliamicrosoft teamsOnePlus 9OnePlus WatchSKMMXiaomi Mi TV P1Xiaomi Mi TV Q1Xiaomi Redmi Note 10 5GXiaomi Redmi Note 10S
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

SBM #18 | Panggilan video percuma Microsoft Teams, RM150 kredit eBelia & telefon 5G termurah

SBM #18 | Panggilan video percuma Microsoft Teams, RM150 kredit eBelia & telefon 5G termurah

25 May 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER