• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Anda boleh sembunyi jumlah like di Facebook & Instagram dengan cara ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:19 pm
  • 27/05/2021
  • Komen
Pengguna Twitter dengan 600 pengikut, boleh operasikan Spaces sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Ujian demi ujian dilakukan, akhirnya Instagram dan Facebook secara rasmi melancarkan pilihan untuk menyembunyikan jumlah like kepada penggunanya. Ciri ini didatangkan dengan kawalan menyembunyikan jumlah like akaun pengguna lain daripada anda lihat dan juga menyembunyikan like pada akaun anda sendiri.

👀 An update on like counts. Starting today, you can manage your experience in a way that works for you.

You can choose to hide like counts on others’ posts and on your own posts so people can’t see how many likes you get.

Rolling out on Instagram and Facebook. pic.twitter.com/Vp8ljtvgMw

— Adam Mosseri (@mosseri) May 26, 2021

Cara sembunyi like di Facebook & Instagram

Untuk tidak melihat jumlah like di Instagram individu lain, anda boleh ikut cara di bawah:



  1. Pada profil anda, tekan butang 3 garis melintang di bahagian atas kanan
  2. Tekan tetapan dan pilih privasi
  3. Pilih posts
  4. Aktifkan hide like and view counts

Untuk sembunyikan jumlah like atau view pada Instagram sendiri pula anda boleh ikut cara ini:

  1. Pilih gambar atau video yang anda mahu sembunyikan jumlah like atau view
  2. Tekan tiga titik pada bahagian atas kanan pada gambar atau video itu
  3. Tekan hide like count

Anda juga ada pilihan untuk sembunyikan jumlah like sebelum anda berkongsi gambar, caranya seperti ini:



  1. Sebelum anda berkongsi gambar atau video baru, pada skrin terakhir yang tertulis write a caption, anda perlu tekan advance settings pada bahagian bawah sekali
  2. Kemudian, aktifkan Hide Like and View Counts on This Post

Manakala untuk Facebook, ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang, tetapi berikut merupakan langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk mengaktifkannya.

  1. Pada bahagian news feed, tekan 3 garis melintang pada bahagian atas kanan
  2. Pilih Settings and privacy pada bahagian bawah sekali dan tekan settings
  3. Kemudian pilih News Feed Settings
  4. Pilih Reaction Counts
  5. Anda seterusnya boleh menetapkan untuk tidak melihat jumlah like pada perkongsian individu lain dan juga menyembunyikan jumlah like pada perkongsian anda

Mungkin ada dalam kalangan individu rasa gelisah apabila jumlah like yang diterima sedikit, jadi ciri yang diperkenalkan Facebook ini boleh membantu mereka mengurangkan kesan tersebut dan dapat menentukan sendiri paparan yang dimahukan pada aplikasi itu.

[Sumber: 9TO5Mac, Facebook, TheVerge]

Tags: Facebookinstagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pengguna Twitter dengan 600 pengikut, boleh operasikan Spaces sendiri

Anda boleh sembunyi jumlah like di Facebook & Instagram dengan cara ini

27 May 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER