• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro mencari peserta untuk uji Ultra Box Plug and Play tanpa satelit

  • OLEH Najib
  • 10:37 am
  • 28/06/2021
  • Komen
Astro mencari peserta untuk uji Ultra Box Plug and Play tanpa satelit
Share on FacebookShare on Twitter

Selama ini, Astro hanya menawarkan perkhidmatan mereka dengan mewajibkan pelanggan mereka memasang peralatan penerima satelit di premis. Tetapi ia mungkin akan berubah tidak lama lagi apabila Astro mahu memperkenalkan Astro Ultra Plug & Play Box.

Dengan ini, pelanggan tidak lagi perlu memasang peralatan penerima satelit, ia hanya memerlukan sambungan internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 30Mbps.



Dalam satu muat naik di Facebook, Astro memaklumkan bahawa mereka sedang mencari 300 peserta untuk menyertai program ujian untuk Ultra Plug & Play Box yang baru. Rupa kotak tersebut sangat serupa dengan Ultra Box sedia ada, tetapi ia boleh digunakan tanpa sambungan kepada piring satelit.

Peserta yang layak akan menerima Ultra Plug & Play Box percuma, dihantar terus ke rumah mereka. Antara yang dinyatakan lagi, pemasangan kotak ini sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri. Ia juga sangat sesuai untuk kegunaan di kondominium. Sementara menunggu ketibaan kotak, pengguna boleh menonton Astro menerusi Astro Go.



Kepada yang berminat untuk menyertai ujian ini, boleh menghubungi Astro menerusi Whatsapp atau menelefon di nombor 03-7481 8000.

Tidak banyak maklumat diberitahu dalam status ini. Untuk pelan, ia mengesyorkan pakej Super Pack Lite Sports yang menyediakan lebih 80 saluran pada harga RM92/bulan. Pakej ini turut memberi akses kepada tontonan perlawanan EURO 2020 dan Olimpik Tokyo 2020. Ia juga tidak menyatakan samada ujian ini akan diberi percuma, dan penguji mungkin akan dikenakan kontrak.

Dengan sambungan internet, pengguna Ultra Plug & Play Box tidak perlu lagi risau gangguan siaran ketika hujan atau berlaku masalah di satelit. Sebenarnya, sebelum ini Astro pernah membuat ujian untuk membenarkan penggunaan Astro tanpa kotak satelit, terus di Astro Go sahaja. Tetapi ia tidak diteruskan, malah Astro dilihat memperkenal Sooka di mana pelanggan boleh menonton saluran sukan di aplikasi dan pelayar web sahaja.

Astro juga baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Netflix di mana pelanggan Astro akan boleh menonton kandungan Netflix di Ultra dan Ulti Box. Selain itu, Astro juga telah bekerjasama dengan Disney+ Hotstar tetapi ia masih tidak boleh ditonton di dalam Ultra dan Ulti Box. Pengguna diberi akses percuma tetapi perlu mendaftar dan menonton di aplikasi Disney+ Hotstar sendiri.

[Sumber: Astro]

Tags: astroAstro Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Astro mencari peserta untuk uji Ultra Box Plug and Play tanpa satelit

Astro mencari peserta untuk uji Ultra Box Plug and Play tanpa satelit

28 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN