• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon flagship baru Nokia akan dilancar sebelum 11.11

  • OLEH Najib
  • 10:11 am
  • 07/07/2021
  • Komen
HMD tidak mahu ulangi kesilapan lima kamera di Nokia 9 Pureview
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir HMD Global, pemilik jenama telefon pintar Nokia, melancarkan telefon flagship berkuasa tinggi adalah pada Mac 2019 iaitu Nokia 9 Pureview. Ketiadaan sebarang model baru hampir 2.5 tahun sehingga kini dipercayai akibat kegagalan jualan Nokia 9 Pureview.

Tetapi Nokia dilaporkan akan melancarkan telefon pintar flagship mereka akhir tahun ini, sebelum 11 November 2021. Perkara ini dimaklumkan oleh Pengurus Produk Nokia Mobile di China, Zhang Yucheng. Di laman weibo, beliau menerangkan bahawa Nokia akan melancarkan telefon flagship 5G sebelum 11 November.



Tarikh 11 November dipilih dipercayai kerana ia adalah waktu jualan dalam talian terbesar di China, dikenali sebagai Singles Day 11.11. Tambah Zhang, HMD Global berusaha untuk memastikan produk baru mereka dapat dibeli pada tarikh tersebut.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat ditemui mengenai telefon pintar baru ini. Sebelum ini, Nokia telah melancarkan siri baharu iaitu Nokia X10 dan Nokia X20, telefon 5G kelas permulaan. Ia telah dijual di Eropah tetapi masih belum ada di pasaran Malaysia.



Kali terakhir model baru Nokia yang dilancarkan di Malaysia adalah Nokia 1.4 yang dikuasakan Android 11 Go. Selain itu, Nokia juga masih aktif menjual model lain di Stor Rasmi Nokia di Shopee seperti Nokia 5.4 dan barisan telefon biasa seperti Nokia 6300 dan Nokia 225. Ini menandakan Nokia masih ada di pasaran Malaysia dan kita mungkin masih dapat melihat model baru Nokia yang akan datang, dilancarkan di Malaysia.

[Sumber: GSMarena, IThome]

Tags: hmd globalNokia
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
HMD tidak mahu ulangi kesilapan lima kamera di Nokia 9 Pureview

Telefon flagship baru Nokia akan dilancar sebelum 11.11

7 July 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN