• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Magic Eraser di Pixel 6 rupanya dah lama ada di Android dan iOS, ini cara untuk dapatkannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:14 am
  • 22/10/2021
  • Komen
Magic Eraser di Pixel 6 rupanya dah lama ada di Android dan iOS, ini cara untuk dapatkannya
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda mengikuti pelancaran Google Pixel 6 tempoh hari, anda tentu tahu yang pengeluarnya memang senantiasa mengetengahkan teknologi fotografi berkomputer pada siri Pixel. Mereka memanfaatkan teknologi artificial intelligent dan machine learning bagi menawarkan keunikan pada sistem kamera telefon ini.

https://www.youtube.com/watch?v=vdpu1wPh0Kw&ab_channel=MadebyGoogle

Salah satu yang menarik perhatian saya adalah fungsi Magic Eraser. Secara asasnya kegunaan Magic Eraser adalah untuk membuang objek yang tidak diingini daripada gambar. Misalnya, ada orang lakukan photobomb di bahagian latar, ataupun sesuatu lokasi itu ramai orang tapi anda inginkan gambar lokasi tersebut lengang.



Tapi tahukah ciri ini sudah lama boleh digunakan pada Android dan iOS sekalipun? Sudah sekian lama saya gunakan benda seakan Magic Eraser pada APP yang dinamakan Snapseed. APP ini adalah satu penyelesaian yang lengkap saya sarankan kepada anda untuk hal-hal menyunting gambar.

Dalam Snapseed ada fungsi seakan Magic Eraser

Anda boleh pasang Snapseed pada peranti Android mahupun iOS untuk cubanya. Saya ada beberapa sampel gambar yang ingin saya gunakan untuk tujuan demonstrasi.



Di Snapseed, anda boleh buka gambar yang ingin disunting dengan butang Open. Kemudian, di bahagian bawah, anda cari tab bernama Tools dan didalam tab tersebut cari alat yang bernama Healing. Selepas itu, anda boleh gunakan jari anda untuk lorekkan bahagian yang ingin dibuang.

Perlu diignatkan yang disebabkan ia adalah algoritma yang meneka apakah yang perlu diisi berpandunkan piksel-piksel yang berada di sekelilingnya, anda perlu cuba beberapa kali sehingga anda dapat satu tekaan yang nampak sejadi. Dalam video di atas, anda boleh nampak ada keadaan yang saya tekang butang Undo untuk melakukan proses healing semula dan beroleh hasil yang berbeza.

Berikut adalah hasil sebelum dan selepas.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Healing Tool di Snapseed vs. Magic Eraser

Saya jangkakan yang fungsi Magic Eraser dengan Healing Tools adalah sama sahaja. Kalau ada perbezaan sekalipun pada keupayaannya melakukan penyembuhan lebih baik kerana ia memiliki algoritma Machine Learning yang lebih terkini.

Kemudian, secanggih manapun algoritma yang digunakan, ia masih terbatas kepada gambar yang diberikan kepadanya untuk diproses. Sekiranya latar yang ingin anda sunting terlalu kompleks, hasilnya tidak akan sejadi. Ia sangat cemerlang sekiranya anda lakukan suntingan di rumput, langit, ataupun objek yang kecil.

Bacaan berkaitan

Mantapkan Skill Sunting Gambar Di Telefon Dengan Tutorial Ini
Adakah Anda Sunting Gambar Dengan Betul Di Telefon Selama Ini?
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Magic Eraser di Pixel 6 rupanya dah lama ada di Android dan iOS, ini cara untuk dapatkannya

Magic Eraser di Pixel 6 rupanya dah lama ada di Android dan iOS, ini cara untuk dapatkannya

22 October 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER