• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

YouTube mula sembunyi jumlah dislike, elak buli siber

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:10 pm
  • 11/11/2021
  • Komen
YouTube uji ciri beli belah, pencipta kandungan dapat promosikan barang melalui video
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini, YouTube ada menguji reka bentuk antara muka baru dengan menyembunyikan jumlah dislike (tidak suka) dari tontonan umum. Kini, YouTube umumkan bahawa mereka mula mengembangkan ciri itu kepada umum.

Syarikat itu berkata perubahan ini dilakukan adalah untuk memastikan pencipta kandungan terlindung daripada mendapat serangan dislike. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan gangguan buli siber. Ia turut dilakukan untuk mempromosi interaksi positif dalam kalangan pengguna, iaitu sifat saling menghormati antara penonton dengan pencipta kandungan.



Seperti gambar di bawah, butang dislike akan tetap ada, tetapi jumlah individu yang tekan butang itu hanya boleh dilihat secara peribadi oleh pemilik video sahaja.

Namun begitu, perkara ini mungkin menjadi isu buat sebahagian pengguna kerana ada yang menilai pada jumlah like dan dislike, untuk terus menonton sesebuah video yang sudah dimainkan. Selepas ini, mungkin menjadi satu kesukaran buat mereka untuk menilai video, selain daripada membaca komen.



Selain itu, menyembunyikan jumlah dislike juga boleh membantu pengguna sembunyikan perkara yang memalukan di YouTube, contohnya apabila dapat terlalu banyak dislike berbanding like. Perkara ini dapat dilihat pada video Youtube Rewind 2018. Video rekap tahunan itu akhirnya dibatalkan pada tahun 2020.

Di samping itu, platform Instagram dan Facebook pula menyediakan pilihan kepada pengguna sama ada mahu sembunyikan jumlah like atau biarkan sahaja ia dilihat umum. Mereka tidak menyembunyikannya secara kekal seperti YouTube. Maka, pengguna boleh aktifkannya jika rasa tidak selesa apabila jumlah like dilihat orang.

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

Youtube akan sembunyi jumlah dislike pada video, ini sebabnya
TIPS: Cara tapis kandungan di YouTube Kids agar lebih sesuai dengan usia anak
Autoplay di Youtube untuk pengguna bawah 18 tahun akan dinyahaktifkan
Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
YouTube uji ciri beli belah, pencipta kandungan dapat promosikan barang melalui video

YouTube mula sembunyi jumlah dislike, elak buli siber

11 November 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN