• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 5 III, telefon cilik flagship mula terima tempahan awal

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 23/11/2021
  • Komen
Sony Xperia 5 III, telefon cilik flagship mula terima tempahan awal
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka telah mula menerima tempahan awal untuk Xperia 5 III, telefon pintar cilik dengan kuasa kelas flagship. Ia mengekalkan banyak fungsi berkuasa seperti abangnya Xperia 1 III, tetapi dengan skrin lebih kecil dan harga lebih rendah.

Tempahan awal Sony Xperia 5 III dibuka dari 20 November sehingga 20 Disember 2021. Pembelian pada tempoh ini, akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga Sony WF-XB700 bernilai RM549. Tempahan awal ini dijangka tiba sebelum berakhirnya tahun 2021.



Harga jualan rasmi Xperia 5 III dengan RAM 8GB dan storan 256GB, telah ditetapkan pada RM4,599. Ia RM500 lebih mahal berbanding Xperia 5 II tetapi masih datang dengan hadiah percuma yang serupa.

Untuk perbandingan, Xperia 1 III dijual pada harga RM5,799, manakala Xperia Pro-I yang paling perkasa berharga RM7,199.



Spesifikasi Sony Xperia 5 III

Seperti yang dimaklumkan tadi, Xperia 5 adalah versi kompak Xperia 1. Ia memiliki skrin kecil OLED 6.1-inci HD Penuh, dalam nisbah 21:9 dan kadar penyegaran 120Hz. Di dalam, ia diperkasa cip terbaik Qualcomm Snapdragon 888, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB.

Di bahagian kamera, semua lensanya di belakang dilapisi selaput ZEISS T*. Ia menggandingkan kamera utama 12MP dengan saiz sensor 1/1.7-inci, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP. Penstabil imej optikal (OIS) terdapat pada kamera utama dan telefoto. Kamera hadapan pula 8MP dan menyokong teknologi SteadyShot with Intelligent Active Mode.

Kehebatan kamera di telefon ini dipertingkat lagi dengan sokongan teknologi Cinematography Pro oleh CineAlta, yang membenarkan rakaman video gerak perlahan 4K HDR 120fps. Ia juga mampu merakam gambar berbilang sehingga 20fps, di samping memiliki teknologi Real-time Eye AF yang boleh mengesan mata manusia dan haiwan. Lebih menarik lagi, Sony mengekalkan butang fizikal kamera di Xperia 5 III.

Lain-lain fungsi flagship yang terdapat padanya adalah speaker stereo dan ia masih ada jek audio 3.5mm, dengan sokongan bunyi Sony 360 Reality Audio. Di samping itu, telefon ini juga kalis air dan debu IP68.

Bateri berkapasiti 4,500mAh menyediakan tenaga untuk Xperia 5 III dan menyokong pengecasan pantas USB-PD menerusi USB-C. Tetapi agak aneh untuk telefon kelas flagship, Xperia 5 III tiada sokongan pengecasan wayarles.

Bacaan Berkaitan

  • Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Sony Alpha 7 IV: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • WF-C500 & WH-XB910N, alternatif audio mudah alih mampu milik terbaik Sony
Tags: Sonysony xperiasony xperia 5Sony Xperia 5 III
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Sony Xperia 5 III, telefon cilik flagship mula terima tempahan awal

Sony Xperia 5 III, telefon cilik flagship mula terima tempahan awal

23 November 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN