• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sertai larian Huawei Run! Run! Runner! untuk menang jam tangan Huawei Watch GT Runner

  • OLEH Najib
  • 5:24 pm
  • 15/12/2021
  • Komen
Sertai larian Huawei Run! Run! Runner! untuk menang jam tangan Huawei Watch GT Runner
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei baru sahaja melancarkan jam pintar Watch GT Runner yang direka khas untuk peminat kecergasan larian. Ia telah mula dijual di Malaysia pada harga RM1,399. Sempena permulaan jualannya, Huawei Malaysia mengumumkan acara larian pertama mereka, Run! Run! Runner! Virtual Running.

Dalam acara ini, semua peserta berpeluang menerima hadiah berupa baucar diskaun RM100 untuk membeli Huawei Watch GT Runner di Stor Online Huawei, serta e-medal. Selain itu, tiga hadiah menarik juga disediakan jika berkongsi acara tersebut di media sosial.



Tiga hadiah tambahan ini adalah Huawei Watch GT Runner, Huawei Watch Fit dan Huawei Band 6. Untuk menyertai acara ini dan berpeluang menang hadiah yang disediakan, apa yang perlu dilakukan adalah:

  1. Daftar untuk menyertai acara larian Run! Run! Runner! Virtual Running di sini.
  2. Buat larian berjumlah 10KM antara 13 hingga 20 Disember 2021. Baucar RM100 dan e-medal diberikan jika melengkapkan larian 10KM.
  3. Selepas menerima e-medal, tangkap layar e-medal tersebut dan muat naik di akaun Facebook anda dan tulis sedikit penerangan tentang acara larian beserta tanda pagar #RunRunRunner #HUAWEIWatchGTRunner #huaweihealth, dan tag @HUAWEIMOBILEMY.
  4. Tiga pemenang akan dipilih secara rawak untuk memenangi hadiah daripada Huawei

Acara larian ini terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 13 Disember 2021. Hanya peserta yang telah mendaftar sahaja layak menyertai pertandingan ini. Terma dan syarat pertandingan boleh dirujuk di sini.



Bacaan Berkaitan

  • Huawei Watch GT Runner dilancar bersama Watch GT 3 di Malaysia
  • Huawei Band 6 dinaik taraf dengan pemantau SpO2 & kitaran haid, dijual bermula 4 April
  • Huawei Watch Fit & FreeLace Pro boleh didapati di Malaysia bermula 9 September 2020
Tags: HuaweiHuawei Watch GT Runner
Najib

Najib

POPULAR

Sertai larian Huawei Run! Run! Runner! untuk menang jam tangan Huawei Watch GT Runner

Sertai larian Huawei Run! Run! Runner! untuk menang jam tangan Huawei Watch GT Runner

15 December 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN