• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V muncul di samping CEO, akan dilancar pada 10 Januari

  • OLEH Najib
  • 4:32 pm
  • 05/01/2022
  • Komen
Honor Magic V muncul di samping CEO, akan dilancar pada 10 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memberi sedikit petunjuk tentang telefon pintar boleh lipat pertama mereka tahun lepas, Honor kini mengesahkan bahawa Magic V akan dilancarkan tidak lama lagi. Tarikh pelancarannya telah ditetapkan pada hari Isnin, 10 Januari 2022.

Perkara ini turut dikongsikan oleh Honor Malaysia yang menyatakan orang ramai boleh turut menonton acara tersebut, bermula pukul 7.30 malam waktu Malaysia.



Tiada maklumat baru boleh dilihat dalam perkongsian ini selain tarikh dan waktu pelancaran. Kita telah pun melihat video pendek Honor Magic V yang menunjukkan banyak sisi telefon pintar boleh lipat pertama Honor.

Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Honor, George Zhao telah menunjukkan sedikit rupa sebenar Honor Magic V dalam temuramah beliau dengan Phoenix Network. Dalam temuramah itu, Magic V diletakkan secara terbuka di atas meja sebelum dilipat oleh George Zhao pada akhir video.



Setakat ini, masih tiada spesifikasi rasmi tentang Magic V. Antara yang dikhabarkan akan ada di Magic V adalah penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1, pertama di peranti boleh lipat. Selain itu, skrin boleh lipatnya menggunakan Kaca Ultra-Nipis (Ultra-Thin Glass, UTG) berukuran 8.03-inci. Skrin hadapan pula seluas 6.45-inci.

Kita akan tahu lebih lanjut tentang kehebatan Honor Magic V di majlis pelancarannya pada 10 Januari nanti. Nantikan laporan lanjut daripada kami.

[Sumber: PhoneArena, Phenix Network]

Bacaan Berkaitan

  • Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal
  • [Hands-on] Oppo Find N: Alternatif kepada Galaxy Z Fold3
  • Mi Mix Fold, alternatif Galaxy Z Fold 2 paling murah setakat ini
  • Samsung Galaxy Z Fold 3 dinaik taraf kalis air, sokongan S Pen & kamera tersembunyi
  • Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung
Tags: honorHonor Magic V
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor Magic V muncul di samping CEO, akan dilancar pada 10 Januari

Honor Magic V muncul di samping CEO, akan dilancar pada 10 Januari

5 January 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER