• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM sekat 1.6 bilion panggilan meragukan daripada sampai kepada pengguna sejak 2018

  • OLEH Najib
  • 12:31 pm
  • 04/03/2022
  • Komen
Miliki iPhone X tak sampai RM5,000
Share on FacebookShare on Twitter

Kes panggilan menipu, scam dan meragukan telah meningkat kebelakangan ini. Kerana itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan kerjasama pelbagai pihak telah menyekat sejumlah 1.6 bilion panggilan daripada sampai kepada pengguna, sejak 2018 sehingga 2021.

Perkara ini diterangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat. Soalan diajukan oleh Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang bertanya mengenai statistik laporan palsu atau ‘scam’ setakat 2021 dan perancangan kementerian untuk memastikan panggilan telefon seumpama itu dapat dipantau, selain dikesan dengan usaha sama syarikat-syarikat telekomunikasi.



KKMM juga memaklumkan, sejumlah 2,232 aduan awam berkaitan aktiviti berunsur penipuan diterima SKMM dan dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi tempoh Januari hingga 31 Dis 2021. Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara agensi penguatkuasaan yang dirujuk untuk perhatian dan tindakan lanjut di bawah bidang kuasa masing-masing.

Penguatkuasaan ini turut melibatkan pihak penyedia perkhidmatan komunikasi yang menyediakan pasukan petugas khas bagi penipuan telekomunikasi, untuk mengekang aktiviti penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).



Selain itu, SKMM turut mewujudkan dokumen Rujukan Industri yang menggariskan tujuh peraturan sekatan pada 2018 bagi mengurangkan jumlah panggilan yang meragukan, serta penambahan lima peraturan sekatan pada 2020 bagi mengekang panggilan sampai kepada pengguna. SKMM juga sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu garis panduan baharu bagi mengekang penipuan melalui SMS.

Penipuan menerusi panggilan dan SMS masih berjaya memperdaya ramai pihak apabila saban hari ada sahaja laporan mengatakan kerugian rakyat Malaysia yang terjadi akibat ditipu. Ada yang menyamar sebagai pihak berkuasa, pihak bank, peluan perkejaan malah sebagai penghantar bungkusan. Sasaran bukan sahaja orang tua, malah yang masih belia turut terkena.

Antara langkah yang boleh diambil bagi menghalang panggilan meragukan tiba di telefon pintar, adalah menggunakan aplikasi TrueCaller dan WhosCall. Aplikasi ini mengumpulkan data daripada laporan orang ramai yang berkongsi jika mereka pernah menerima panggilan daripada sesuatu nombor, dan melabelnya sebagai scam, penipuan, iklan dan sebagainya untuk rujukan orang lain.

Selain itu, rujuk artikel kami tentang cara untuk mengenali SMS scam dan cara elak jadi mangsa penipuan di sini.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Kenali ciri-ciri SMS scam & cara elak dari menjadi mangsa penipuan
  • Shopee minta orang ramai berwaspada, jangan terpedaya mesej tawaran pekerjaan & ganjaran palsu
  • Panggilan spam di Malaysia meningkat pada September & Oktober, masih ramai terpedaya
  • Terperdaya mata ganjaran percuma, pereka grafik rugi RM8,300
  • Muat turun aplikasi meragukan & kongsi akaun bank kepada polis, mangsa rugi hampir RM20 ribu
Tags: KKMMSCAMSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Miliki iPhone X tak sampai RM5,000

SKMM sekat 1.6 bilion panggilan meragukan daripada sampai kepada pengguna sejak 2018

4 March 2022
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN