• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Pas AirAsia ASEAN Unlimited dilanjutkan sehingga Jun 2022

  • OLEH Najib
  • 3:10 pm
  • 28/03/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ada membeli Pas AirAsia ASEAN Unlimited tahun lepas, anda kini menerima lanjutan 3-bulan lagi untuk membuat tempahan penerbangan. Ini pastinya berita baik memandangkan rakyat Malaysia tidak lama lagi boleh merentasi sempadan negara lebih mudah, bermula 1 April 2022.

Menurut AirAsia, pemegang pas AirAsia ASEAN Unlimited akan dilanjutkan tempoh tempahan penerbangan dari 12 Mac 2022 ke 12 Jun 2022. Dalam tempoh ini, mereka boleh menempah penerbangan sehingga 26 Jun 2022.



Di dalam ruangan soalan lazim (FAQ) pula, pemegang pas ini boleh menempah penerbangan terus di dalam Malaysia, serta penerbangan antarabangsa merentasi ASEAN (Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Philippines, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Brunei) yang diuruskan oleh AirAsia Malaysia (kod AK) sahaja.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan nilai dan kemudahan kepada para tetamu serta pengguna aplikasi kami, dan tempoh lanjutan tiga bulan ini adalah bukti komitmen tersebut. Sempena pembukaan semula sempadan negara pada 1 April, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemegang pas ini untuk sokongan mereka dan berharap mereka akan memanfaatkan tempoh lanjutan selama tiga bulan ini untuk menikmati kelebihan pas Asean Unlimited. Kami juga akan terus memperkenalkan produk baharu dan inovatif untuk memudahkan perjalanan dan menjadikannya berpatutan di seluruh rantau ini. Kami juga mempunyai pelbagai produk menarik yang akan diperkenalkan dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi dengan semua tidak lama lagi.”



Walaubagaimanapun, masih tiada perkembangan diumumkan tentang pas pertama tanpa had AirAsia, iaitu AirAsia X Unlimited RM499. Pas ini menawarkan penerbangan antarabangsa tanpa had, di laluan yang diuruskan oleh AirAsia X. Baru-baru ini, AirAsia X telah kembali mengoperasikan penerbangan ke Sydney, Australia. Bagi pas AirAsia Cuti-Cuti Malaysia RM399, mereka ada ditawarkan satu lagi penerbangan pergi balik yang boleh ditebus sehingga Jun 2022.

AirAsia juga baru sahaja melancarkan pas tanpa had yang baru, dikenali sebagai SUPER+. Ia menyediakan penerbangan tanpa had domestik dan di ASEAN dengan lebih banyak penerbangan (AirAsia kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2). Di samping itu, pas ini juga memberikan penghantaran makanan tanpa had di negara yang memiliki AirAsia Food, serta perlindungan COVID-19 sebelum berlepas. Semua ini, pada harga RM639 untuk kegunaan tanpa had selama setahun.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • Asia lancar pas Asean Unlimited, terbang tanpa had sehingga Mac 2022 hanya RM599
  • Pas AirAsia ASEAN Unlimited berbaloikah? Ini perkara anda wajib tahu sebelum membeli
  • Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia
  • Bayar RM499 Dan Terbang Tanpa Had Dengan Pas Air Asia Unlimited
  • AirAsia Super+: Pelan tanpa had penerbangan domestik dan Asia Tenggara serta penghantaran makanan
Tags: AirAsiaAirAsia ASEAN UnlimitedPas Tanpa Had AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025

Pas AirAsia ASEAN Unlimited dilanjutkan sehingga Jun 2022

28 March 2022
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER