• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C33, telefon murah dengan kamera dipertingkat ke 50MP dan OS baharu

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 03/10/2022
  • Komen
Realme C33, telefon murah dengan kamera dipertingkat ke 50MP dan OS baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kebelakangan ini, banyak pengeluar mengumumkan kedatangan telefon pintar mampu milik di bawah RM600 seperti Honor X6 dan Oppo A17. Kini Realme menyertai kemeriahan ini dengan ketibaan Realme C33. Tetapi ia bukan peranti serba baharu.

Boleh dikatakan, Realme C33 adalah telefon hampir sama dengan Realme C30 yang dilancarkan pada bulan Julai lepas. Tetapi ia diberi sedikit naik taraf di bahagian kamera.



Harga dan tarikh jualan

Dengan tambahan kamera, menjadikan Realme C33 lebih mahal berbanding Realme C30 yang dilancar di bawah RM500. Harga rasmi Realme C33 di Malaysia adalah:

  • Realme C33 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM559

Jualan pertama Realme C33 akan diadakan pada 7 Oktober 2022. Ia boleh didapati daripada Stor Rasmi Realme Malaysia di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Realme C33

Persamaan yang dapat dilihat antara Realme C33 dan Realme C30 bermula dengan prestasinya. Kedua-dua telefon ini menggukan cip Unisoc T612 12nm sebagai penggerak utama. Ia dipadankan bersama RAM 4GB dan storan dalaman UFS 2.2 64GB, dan boleh diluaskan lagi menggunakan kad mikroSD.

Paparannya juga sama, mengguankan skrin LCD 6.5-inci dengan resolusi HD (1600×720). Pengimbas capjarinya ada di dalam butang kuasa, terletak di sisi telefon.

Takuk kecil di dahi skrin menempatkan kamera hadapan 5MP, serupa dengan Realme C30. Tetapi kamera belakangnya berbeza kerana ia dilengkapi dua kamera, iaitu kamera utama 50MP dan kamera potret.

Tenaga Realme C33 disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan mengecas dengan kuasa sehingga 10W, melalui sambungan mikro-USB. Pembesar suara hanya ada satu tetapi menyokong fon kepala berwayar menerusi sambungan jek audio 3.5mm.

Seperkara lagi yang baru di Realme C33 adalah sistem operasi Realme UI S Edition berasaskan Android 12. Ia adalah peranti siri-C pertama menggunakan Android 12.

Di Malaysia, Realme C33 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam. Ia menggunakan rekaan seperti air laut, sebagai kemasan warna badan telefon.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X6 beri storan paling besar di telefon bawah RM600
  • Oppo A17, telefon mampu milik dengan rekaan rasa kulit dan kamera 50MP
  • Realme Narzo 50i Prime, telefon murah bawah RM500 tanpa satu perkara penting
  • Realme C30, peranti kelas permulaan serendah RM429
Tags: RealmeRealme C33
Najib

Najib

POPULAR

Realme C33, telefon murah dengan kamera dipertingkat ke 50MP dan OS baharu

Realme C33, telefon murah dengan kamera dipertingkat ke 50MP dan OS baharu

3 October 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN