• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Unifi Mobile, Yoodo dan Yes boleh mula guna 5G di iPhone selepas kemaskini iOS

  • OLEH Najib
  • 2:22 pm
  • 28/03/2023
  • Komen
Unifi Mobile, Yoodo dan Yes boleh mula guna 5G di iPhone selepas kemaskini iOS
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, pengguna rangkaian Unifi Mobile, Yoodo dan Yes 5G boleh mula berhubung ke rangkaian 5G di iPhone yang serasi. Perkara ini dijayakan selepas pengguna memasang kemaskini terbaru, iOS 16.4 ke peranti mereka.

Kemaskini iOS 16.4 telah mula dilepaskan hari ini, menyediakan beberapa kemaskini untuk iPhone. Antaranya memperkenal 21 emoji baru, serta peningkatan perisian, membaiki pepijat serta naik taraf keselamatan.



Untuk iPhone 14, saiz kemaskini iOS 16.4 adalah sebesar 2.11GB. Pengguna dinasihatkan untuk memastikan tenaga bateri yang mencukupi, serta memuat turun menggunakan WiFi. Jika tiada notis kemaskini diterima, pengguna boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.

Berkenaan 5G, ia hanya terdapat di iPhone 12 dan ke atas. Sebelum ini, hanya syarikat telekomunikasi (telco) yang berdaftar sebagai rakan Apple sahaja boleh menggunakan rangkaian 5G di iPhone, iaitu Celcom, Digi dan U Mobile. Tetapi dengan kemaskini iOS 16.4, Apple kelihatan tidak lagi menyekat telco bukan rakan mereka untuk bersambung ke 5G.



Selain menggunakan iPhone yang menyokong 5G, anda juga perlu memastikan pelan telco anda serasi 5G. Hampir semua telco di Malaysia ada menyediakan pelan 5G, antaranya Celcom, Digi, U Mobile, Unifi Mobile, Yoodo, dan Yes. Hanya Maxis yang masih belum menyediakan perkhidmatan 5G kerana belum menandatangani akses 5G bersama penyedia tunggal 5G Malaysia, Digital Nasional berhad (DNB).

Bacaan Berkaitan

  • iOS 16.3.1 dilancarkan, nak baiki ciri Crash Detection lagi?
  • iPhone anda ada isu skrin bergaris? Muat turun iOS 16.3 sekarang
  • Apple lancarkan iOS 16.1.2, pengguna iPhone 14 wajib muat turunnya
  • iOS 16.1, iPadOS 16.1, watchOS 9.1, & tvOS 16.1 sedia dimuat turun
Tags: 5g5g malaysiaDNBiOSiOS 16iphoneiphone 14
Najib

Najib

POPULAR

Unifi Mobile, Yoodo dan Yes boleh mula guna 5G di iPhone selepas kemaskini iOS

Unifi Mobile, Yoodo dan Yes boleh mula guna 5G di iPhone selepas kemaskini iOS

28 March 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER