• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi tukar tebus Galaxy S23 Ultra percuma Galaxy S23, kini terima iPhone 14 Pro Max

  • OLEH Najib
  • 1:25 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
Promosi tukar tebus Galaxy S23 Ultra percuma Galaxy S23, kini terima iPhone 14 Pro Max
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia sebelum ini telah mengadakan promosi tukar tebus telefon pintar Samsung Galaxy yang lama, kepada Galaxy S23 yang baru apabila membeli Galaxy S23 Ultra. Promosi yang tamat pada 31 Mac ini, akan dilanjutkan lagi sehingga 30 April 2023.

Lebih baik lagi, Samsung kini menerima lebih banyak model telefon untuk ditukar tebus. Jika sebelum ini telefon yang diterima hanyalah Galaxy S22 Ultra, S21 Ultra dan Note 20 Ultra, promosi yang dilanjutkan kini turut menerima Galaxy S20 Ultra, Note 10+ serta beberapa model iPhone.



Dalam senarai terbaru Samsung, tukar tebus iPhone 14 Pro atau iPhone Pro Max tidak perlu sebarang wang tambahan. Jika tukar tebus iPhone 13 Pro atau iPhone 13 Pro Max, perlu menambah RM199. Kalau iPhone 12 Pro atau iPhone 12 Pro Max, kena tambah RM399. Akhir sekali, iPhone 11 Pro atau iPhone 11 Pro Max perlu bayar lagi RM699.

Semua tukar tebus ini akan menerima unit serba baharu Galaxy S23 128GB (bernilai RM3,899) sewaktu membeli Galaxy S23 Ultra 256GB (berharga RM5,699) sahaja. Promosi ini tidak melibatkan varian lain Galaxy S23 Ultra, serta tidak boleh menerima promosi lain iaitu Galaxy Watch 5 percuma. Telefon yang mahu ditukar tebus juga diterima dalam apa jua rupa, asalkan ia tidak retak dan masih berfungsi.



Sumber

Jika anda berminat dengan promosi ini, boleh pergi ke mana-mana Stor Samsung Experience, pengedar rasmi Samsung terpilih, serta di semua cawangan Senheng, senQ dan Urban Republic. Tawaran ini sah sementara stok masih ada, atau sehingga 30 April 2023.

Memandangkan Samsung kini menerima iPhone dalam promosi tukar tebus ini, ia pasti menjadi tarikan kepada pemilik iPhone yang berminat bertukar kepada Galaxy S23 Ultra dan tidak mahu menyimpan lagi iPhone. Tetapi adakah yang mahu menukar iPhone 14 Pro mereka yang berharga dari RM5,299 (storan 128GB) kepada Galaxy S23 128GB?

Lain orang lain keperluan dan mungkin mereka ada sebab tersendiri untuk tidak lagi menggunakan iPhone tersebut. Sedikit sebanyak, ini memberi lebih pilihan kepada pembeli yang mahu mendapatkan Galaxy S23 Ultra.

Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi tukar tebus Galaxy S23 Ultra. Semak juga terma dan syarat di sini.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Beli Galaxy S23 Ultra, percuma Galaxy S23 jika tukar tebus Galaxy Ultra lama
  • Beli Galaxy S23, dapat Galaxy Watch 5 secara percuma
  • Siri Samsung Galaxy S23: 10 perkara yang perlu anda tahu tentangnya
  • Samsung Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra: Ringkasan yang anda perlu tahu
  • Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra Malaysia: Harga rasmi dan apa kelebihan menempah sekarang
  • Samsung Galaxy S23 Ultra: Naik taraf terbanyak di kamera dengan Astrofotografi, Dwi-Piksel PDAF & 200MP
  • Samsung Galaxy S23 & S23+: SoC baharu dengan bateri lebih besar merentasi generasi
Tags: Galaxy S23galaxy s23 ultrasamsungsamsung galaxy s23samsung galaxy s23 ultra
Najib

Najib

POPULAR

Promosi tukar tebus Galaxy S23 Ultra percuma Galaxy S23, kini terima iPhone 14 Pro Max

Promosi tukar tebus Galaxy S23 Ultra percuma Galaxy S23, kini terima iPhone 14 Pro Max

30 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN