• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Ada telinga kecil? Ini 5 fon putik kecil sesuai untuk iPhone bawah RM600

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:25 pm
  • 14/12/2023
  • Komen
Ada telinga kecil? Ini 5 fon putik kecil sesuai untuk iPhone bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Kepelbagaian fon putik dalam pasaran mungkin menyukarkan anda untuk membuat pilihan, tambah-tambah lagi kalau anda ada telinga kecil. Sebab ada yang tanya di YouTube, fon putik kecil apa yang sesuai untuk iPhone. Untuk menjawab, sebenarnya terdapat beberapa pilihan yang anda boleh pertimbang.

Jadi dalam artikel ini, saya nak senaraikan fon putik yang kecil dan sesuai digunakan untuk iPhone. Bermakna ia bukan sahaja di sambung menggunakan Bluetooth, tetapi boleh juga tengok pelbagai maklumat menerusi aplikasi atau terus dari telefon. Nak tahu apa senarai tu? Semuanya bawah RM600 sahaja. Jom saya terangkan.



1. AirPods generasi ke-2

Pertama sekali adalah AirPods 2. Bila nama pun Airpods, sudah tentu ia sesuai dan serasi digunakan bersama iPhone. Cip H1 Apple ada padanya membolehkan sambungan ke iPhone lancar dan stabil. Bentuk Airpods 2 ini juga kecil jenis on ear yang tiada tip telinga, jadi amat sesuai untuk mereka yang bertelinga kecil.

Ia memiliki rekaan bertangkai, dengan tangkainya panjang sedikit berbanding AirPods Pro atau AirPods 3.  Tetapi walaupun tangkainya panjang, ia mendukung berat yang lebih ringan pada 4g sahaja bagi setiap fon putik. Ini lebih ringan dari Airpods Pro 2 dan Airpods 3 yang masing-masing 5.3g dan 4.28g.



Anda juga tak perlu risau tentang kualiti audio, kerana kualiti audio yang dihasilkan Airpods 2 memang cukup sedap. Cuma kekurangannya ia tiada penyaring hingar aktif ANC. Masa penggunaan boleh tahan sehingga 5 jam di fon putik, kalau dengan bekas boleh tahan lagi lama sehingga 24 jam.

Anda boleh dapatkan AirPods 2 di Lazada atau Shopee.

2. Sony LinkBuds S

Fon putik kedua, Sony LinkBuds S. Ia berada dalam kategori premium dan kualiti audio yang dapat ia tawarkan memang antara yang terbaik. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan fungsi penyaring hingar aktif ANC, serta menyokong codec LDAC untuk audio Hi Res. Fon putik ni juga sesuai untuk pengguna iPhone, hanya pasang aplikasi Headphone Connect Sony yang tersedia di Appstore.

Di samping itu, bentuk Sony LinkBuds S ini pun kecil dengan reka bentuk putik ergonomik memberikan kesesuaian sempurna di kebanyakan telinga. Kalau kata tip telinga sedia ada di fon putik tak muat, anda boleh tukar sahaja ke tip paling kecil bersaiz SS yang ada dalam kotak. Ia juga ringan pada 4.8g satu fon putik.

Anda boleh beli Sony LinkBuds S di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

3. Jlab Jbuds Mini

Seterusnya, Jlab Jbuds Mini. Fon putik ini adalah yang terkecil dan teringan dalam senarai, dengan memiliki berat hanya 3.14 gram. Bukan setakat fon putik sahaja kecil, malah bekasnya pun kecil dan comel mudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Bunyi audio fon putik dipacu oleh pemacu sebesar 6mm, bersama dua mic dengan teknologi membolehkan pengurangan bunyi luar ketika panggilan.

Ia juga datang bersama aplikasi JLab di mana pengguna iPhone boleh memuat turunnya di App store. Menerusi aplikasi juga anda boleh ubah segala tetapan bunyi, sentuhan dan banyak lagi. Lebih menarik, fon putik kecil ni juga ada kalis percikan air dan debu IP55 serta sokong Bluetooth terkini 5.3.

Anda boleh beli Jlab Jbuds Mini di Lazada atau Shopee.

4. Jabra Elite 5

Jabra Elite 5 ini merupakan fon putik dengan saiz agak kecil, dengan mempunyai berat 5g pada setiap fon putik. Ia menampilkan ciri penyaring hingar aktif ANC Hibrid dengan teknologi HearTrough untuk bolehkan anda peka pada persekitaran. Audionya dipacu dengan pemacu 6mm, dengan sokongan codec hi res Qualcomm aptX. Untuk panggilan, ia mempunyai 6 mikrofon dengan teknologi penyingkiran bunyi luar.

Selain itu, penggunaan di iPhone juga diserasikan melalui aplikasi Jabra+, dan ia hadir denan kalis percikan air dan debu IP55. Masa penggunaan fon putik boleh bertahan sehingga 7 jam, dan 28 jam jika bersama bekas pengecas. Lagi menarik, bekasnya menyokong pengecasan wayarles Qi.

Anda boleh dapatkan Jarba Elite 5 di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

5. Beats Studio Buds

Terakhir sekali dalam senarai adalah Beats studio buds. Walaupun tidak dilengkapi cip H1 Apple, ia sesuai dan boleh disambungkan pada iPhone dengan mudah. Tak perlu muat turun aplikasi pun sebab segala fungsinya telah pun terbina di dalam iOS seperti Airpods 2. Jika mahu mengubah tetapan, ia boleh dilakukan di tetapan iPhone. Saiznya pun kecil tanpa bertangkai, dan tersedia dalam tip telinga saiz S jika anda mahukan tip lagi kecil.

Selain itu, ia juga mempunyai penyaring hingar aktif ANC untuk menyingkirkan bunyi luar bersama mod ketelusan, dan kalis percikan air IPX4. Masa penggunaan boleh bertahan sehingga 8 jam dan 15 jam bersama bekas pengecas.

Anda boleh dapatkan Beats Studio Buds di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

Selepas dah memperhalusi satu-satu fon putik dalam senarai tadi, ada tak yang fon putik yang anda berminat? Semua fon putik dalam senarai ni ada saiz kecil dan sesuai dengan iPhone. Tetapi, kalau kata anda nak guna di iPhone tanpa perlu aplikasi, anda boleh dapatkan Airpods 2 atau Beats studio buds sebab ia boleh sambung terus tanpa perlu pautkan secara manual.

Kalau anda ada telinga lebih kecil atau nak bekas pengecas yang mudah nak bawa di mana-mana, boleh dapatkan Jlab Jbuds mini. Kalau nak kualiti audio terbaik boleh dapatkan Sony Link bud S. Kalau nak bateri paling tahan lama, boleh dapatkan Jabra Elite 5 kerana ia boleh tahan sehingga 36 jam dengan bekas pengecas.

Bacaan berkaitan

  • Telefon kalis air paling murah? Ini 5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia (2023)
  • 5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Jun 2023)
  • 5 tablet terbaik bawah RM1,000 di Malaysia tahun 2023
  • 5 TV 65 inci terbaik bawah RM3,000 (Jun 2023)
Tags: Airpods 2Apple Airpodsbeats studio budsfon putikjabra elite 5Jlab Jbuds Minisony linkbuds s
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Ada telinga kecil? Ini 5 fon putik kecil sesuai untuk iPhone bawah RM600

Ada telinga kecil? Ini 5 fon putik kecil sesuai untuk iPhone bawah RM600

14 December 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER