• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dek kerana agenda Yahudi, AS bakal haramkan TikTok

  • OLEH Najib
  • 1:22 pm
  • 15/03/2024
  • Komen
Bimbang diintip, Tiktok bakal diharamkan di Amerika Syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok kini berhadapan pengharaman penuh di Amerika Syarikat (AS) selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan rang undang-undang yang boleh mengharamkan TikTok di negara tersebut. Pengharaman ini akan dikuatkuasakan jika pemiliknya dari China, ByteDance tidak menjual aplikasi itu kepada entiti yang memenuhi syarat kerajaan AS.

Agak menakjubkan apabila rang undang-undang ini disokong oleh 352 perwakilan atau 84% berbanding 65 perwakilan menentang. Tetapi ia masih tidak boleh diluluskan kerana Senat dilihat cuba memilih pendekatan berbeza untuk mengawal selia aplikasi milik asing yang menimbulkan kebimbangan keselamatan. Ketua Majoriti Senat, Chuck Schumer berkata Senat akan mengkaji semula undang-undang itu. Selepas itu, ia perlu disahkan Presiden AS, Joe Biden yang sudah bersedia untuk meluluskannya.



Alasan Keselamatan Negara Tergugat

Pengharaman TikTok ini merupakan sebahagian dari langkah-langkah AS yang cuba menyekat pengaruh China akibat kebimbangan keselamatan negara, dari sekatan terhadap Huawei, peningkatan kereta elektrik (EV) buatan China, serta dron seperti DJI milik syarikat China.

Antara hujah perwakilan AS untuk mengharamkan TikTok adalah syarikat induknya, ByteDance boleh dipergunakan oleh kerajaan China untuk mendapatkan data maklumat AS. Tetapi perkara ini tidak mendapat perhatian ramai, sehinggalah pada 7 Oktober 2023 apabila perang Israel dan Hamas di Palestin menjadi semakin hangat.



TikTok penyokong Palestin?

Para perwakilan AS melihat kandungan anti-semitik di TikTok semakin meningkat dan ia memburukkan Israel. Ia dikukuhkan dengan laporan saintis data dari Lembah Silikon, Anthony Goldbloom. Menurutnya, kebanyakan masa tanda pagar (hashtag) pro-Palestin lebih tinggi berbanding Pro-Israel, sehingga mencecah 69 tontonan Pro-Palestin bersamaan hanya 1 tontonan Pro-Israel. Ini membuatkan perwakilan AS merasakan TikTok sangat bias anti Israel dan Pro Palestin.

sumber

Dalam pandangan lain, TikTok yang dipenuhi ramai pengguna muda dan belia, lebih suka untuk menonton video berkaitan Pro Palestin berbanding Pro Israel dan ia membuatkan algoritma TikTok untuk menyajikan lebih banyak video penyokong Palestin kepada pengguna. Menurut TikTok pula, mereka tidak pernah mempromosikan satu pihak sahaja tentang sesuatu isu dan ia diuruskan algoritma.

Sumber pendapatan jutaan rakyat AS

TikTok sebelum ini pernah meminta penggunanya di AS untuk bersuara kepada kerajaan AS dan tidak menyekat TikTok di sana. TikTok ada memaparkan butang merah besar di bawah aplikasi yang menyediakan akses terus untuk pengguna menghubungi perwakilan mereka dan meminta supaya usaha pengharaman ini tidak diteruskan.

Perkara ini mendapat perhatian jutaan pengguna yang bertindak membanjiri talian panggilan perwakilan AS. Tetapi langkah ini turut membuatkan perwakilan menjadi berang kerana secara tidak langsung, ia menunjukkan TikTok mampu mempengaruhi pengguna. Hasilnya, lebih 80% perwakilan menyokong pengharaman TikTok.

Video pemuda-pemudi AS menentang usaha pengharaman TikTok

TikTok kini digunakan oleh 170 juta penduduk AS dan pengharamannya dilaporkan boleh menjejaskan pendapatan perniagaan kecil dan pencipta kandungan TikTok, bernilai bilion dolar AS. Populariti TikTok yang kian meningkat naik, menjadikan ia sebagai satu sumber pendapatan penting buat jutaan rakyat AS. Ada pengguna TikTok menyatakan, beliau bergantung penuh kepada TikTok dan pengharaman TikTok akan menyebabkan perniagaannya musnah dan menjejaskan kehidupannya serta-merta.

Ini bukan kali pertama kerajaan AS cuba mengharamkan TikTok. Pada tahun 2020, Presiden Donald Trump ketika itu telah mengarahkan ByteDance menjual operasi TikTok di luar China kepada entiti AS atau berhadapan pengharaman. Tetapi ia dihalang oleh mahkamah kerana bertentangan dengan undang-undang.

Walaupun ByteDance diarahkan oleh kerajaan AS untuk menjual TikTok kepada entiti AS, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan China terlebih dahulu. Tetapi kerajaan China dilihat tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan langkah tersebut.

Jika TikTok tidak dijual dalam tempoh enam bulan, ia akan diharamkan daripada beroperasi di Apple AppStore, Google PlayStore serta menyediakan sebarang perkhidmatan di AS. Ramai menyatakan, ia mungkin memberi kesan kepada aplikasi China yang lain seperti WeChat milik Tencent, untuk turut diharamkan di AS.

[Sumber: WSJ, Reuters]

Bacaan Berkaitan

  • Presiden Trump “arah” Microsoft beli TikTok
  • TikTok tolak tawaran Microsoft, mungkin buang algoritma sebelum dijual
  • Drama TikTok dan A.S berterusan, masuki episode baru
Tags: amerika syarikatByteDanceTikTok
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Bimbang diintip, Tiktok bakal diharamkan di Amerika Syarikat

Dek kerana agenda Yahudi, AS bakal haramkan TikTok

15 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER