• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AEON

Kad debit-i AEON Bank tak papar transaksi masa nyata? Ada masalah atau belum bersedia?

  • OLEH Najib
  • 2:43 pm
  • 27/05/2024
  • Komen
Kad debit-i AEON Bank tak papar transaksi masa nyata? Ada masalah atau belum bersedia?
Share on FacebookShare on Twitter

AEON Bank secara rasminya telah dilancar di Malaysia semalam. Bagi menggerakkan lebih banyak pendaftaran, AEON Bank telah mengadakan jelajah penerangan dengan lokasi pertama bertempat di AEON Mall, Shah Alam. Jelajah ini akan ke bandar-bandar utama seluruh negara sehingga akhir tahun.

Jerayawara AEON Bank di AEON Mall Shah Alam

Mendaftar akaun simpanan AEON Bank boleh dibuat menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di Apple AppStore atau Google PlayStore. Bagi yang telah mendaftar dengan AEON Bank, mereka akan mendapat akaun simpanan dan ditawarkan penggunaan kad debit-i Visa. Kad ini boleh didapati secara maya, sejurus mengaktifkan akaun simpanan. Selepas itu, pengguna boleh memohon kad fizikal.



Kelebihan kad debit-i Visa AEON Bank

Kad fizikal debit-i Visa ini menampilkan warna keseluruhan merah jamu, serasi dengan warna logo bunga sakura mereka. Malah, ia tidak memiliki sebarang nombor dicetak pada kad. Tiada nombor kad, tiada tarikh luput dan tiada nombor keselamatan 3 angka. Yang ada, hanyalah nama dicetak di belakang kad. Menurut AEON Bank, ini meningkatkan keselamatan terhadap kad, kerana nombor kad dan maklumat lain hanya boleh didapati di dalam aplikasi AEON Bank sahaja.

Salah satu kelebihan menggunakan kad debit-i Visa AEON Bank adalah 3x mata ganjaran AEON Points untuk setiap RM1 perbelanjaan, dalam tempoh promosi sampai 31 Ogos 2024. Ia bersamaan dengan 1.5% pulangan tunai, kerana mata ganjaran AEON Points boleh ditukar ke kredit tunai sebanyak 200 mata bersamaan RM1. Kalau belanja RM1000, dapat 3000 mata atau RM15.



Transaksi kad debit bukan masa nyata

Bagaimanapun, sudah ada pengguna yang mengadu tentang masalah berkaitan kad debit ini. Salah satu yang paling ketara adalah, transaksi tidak dipaparkan pada masa nyata.

Dalam cubaan kami, transaksi atas talian menggunakan kad debit ini hanya terpapar dalam aplikasi selepas 3 hari. Menggunakan kad fizikal di kedai pula, masih belum kelihatan selepas sehari pembayaran dibuat.

Bagaimanapun, pengguna boleh memastikan transaksi ini menerusi ruang notifikasi di sudut atas. Malah, baki sebenar akaun selepas pembayaran dibuat, boleh dilihat dengan menekan pada huruf ‘i’ kecil di tepi ‘Total Balance’ akaun simpanan.

Pastinya ini sangat leceh kerana terlalu banyak langkah dan tidak boleh dilihat setempat. Sedangkan pada bank lain, baki simpanan dan transaksi boleh terus dilihat dalam satu ruangan.

Bagaimanapun, masalah ini tidak terjadi jika pembayaran dibuat menerusi DuitNow QR atau penghantaran dana DuitNow Transfer. Transaksi DuitNow dapat dilihat terus selepas dibuat.

Kekurangan berbanding GXBank

Setelah mendaftar dan menggunakan AEON Bank, dapat ditemui beberapa kekurangannya berbanding GXBank. Antaranya, pengguna perlu ada baki RM20 sepanjang masa di dalam akaun simpanan. AEON Bank menjelaskan, ini adalah yuran pengurusan akaun.

Kad Debit dan aplikasi GXBank

Walaupun AEON Bank menawarkan pulangan keuntungan harian setinggi 3.88%/setahun, ia dikumpulkan dan dipulangkan kepada pengguna secara bulanan. Berbeza dengan GXBank yang memberi pulangan harian 3% setahun secara harian, setiap pagi.

Untuk perbelanjaan dengan kad debit pula, mata ganjaran AEON Points hanya boleh ditebus kepada kredit tunai setiap 200 mata. Kena ditebus dalam gandaan 200 mata bersamaan RM1. Kalau di GXBank, belanja RM1 dengan kad debit pun akan dapat 1 sen.

Tetapi paling mengecewakan jika AEON Bank mahu mengenakan yuran tahunan RM12 bagi keahlian AEON Points. Walaupun yuran ini dikecualikan sehingga 31 Ogos 2024, bank lain tidak mengenakan sebarang caj untuk menikmati mata ganjaran.

sumber

Walau apapun kekurangan AEON Bank, kelebihan utamanya adalah bank Islamik dan patuh syariah. Kalau berminat, boleh muat turun aplikasi AEON Bank di Apple AppStore atau Google PlayStore.

Adakah dengan kekurangan yang tersebut di atas akan menangguhkan hasrat anda untuk mendaftar AEON Bank, atau anda tidak kisah kerana keuntungan yang diterima lebih banyak? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen ya.

@soyacincautiktok

Jangan Daftar Dulu AEON Bank! #aeonbank #digitalbank #daftar #duitnow #mydebit #longervideos #soyacincautiktok #fyp @AEON Bank (M) Berhad @najib.hhh

♬ Pop beat BGM / long version(1283324) – nightbird_bgm

Bacaan Berkaitan

  • AEON Bank buka pendaftaran untuk semua, Percuma 3,000 mata ganjaran & keuntungan tahunan 3.88%
  • Bank Digital Islamik AEON Bank, akan lancar kad Debit-i Visa dan tawar pilihan nombor akaun peribadi
  • GX Card, Kad Debit GXbank dengan RM0 caj keluar wang di semua ATM boleh ditempah sekarang
Tags: aeon bankBank Digital
Najib

Najib

POPULAR

Kad debit-i AEON Bank tak papar transaksi masa nyata? Ada masalah atau belum bersedia?

Kad debit-i AEON Bank tak papar transaksi masa nyata? Ada masalah atau belum bersedia?

27 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER