• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini beberapa aksesori rasmi menarik Lenovo Legion Go yang boleh anda pertimbangkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:53 am
  • 31/08/2024
  • Komen
Ini beberapa aksesori rasmi menarik Lenovo Legion Go yang boleh anda pertimbangkan
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo Malaysia mengumumkan sejumlah aksesori menarik yang boleh dipadankan dengan konsol permainan Lenovo Legion Go anda.

Lenovo Legion Go USB-C Dock

Lenovo Legion Go USB-C Dock adalah aksesori pelbagai guna yang berikan lebih keversatilan kepada konsol Lenovo Legion Go. Dengan aksesori ini, Legion Go boleh dicas disamping beroleh output video beresolusi tinggi dan juga port LAN untuk ketersambungan lebih pantas.



Daripada satu port USB-C di Legion Go, pengguna akan beroleh port tambahan seperti USB-C, USB-A, HDMI, dan Ethernet. Port HDMI tersebut menyokong piawaian HDMI 2.0 dengan output sama ada 4K@60 ataupun 2K@120.

Anda boleh layari laman rasmi aksesori Legion Go USB-C Dock untuk maklumat lanjut.



Lenovo Go Charging Connector

Lenovo Go Charging Connector adalah aksesori yang menggabungkan unit kawalan kiri dan kanan konsol Legion Go menjadi satu. Ia memberikan lebih grip dan dalam masa yang sama memanjangkan hayat bateri. Anda boleh lihatnya seperti pad kawalan Nintendo Joy-Con yang dicantumkan.

Apabila unit kawalan digabungkan, hayat bateri boleh dipanjangkan melalui sistem bateri berkapasiti 2,850mAH yang terkandung dalam aksesori.

Anda boleh layar laman rasmi aksesori Legion Go Charging Connector untuk maklumat lanjut.

Lenovo Go Carry Case & Lenovo Legion Go Joystick Caps

Lenovo Go Carry Case adalah bekas penyimpan bercengkerang keras untuk menyimpan konsol dan aksesori-aksesori lain. Selain konsol, ia juga ada ruang untuk menyimpan kabel USB tambahan, pemacu kilat USB, papan kekunci mudah alih, earfon, termasuklah blok kuasa Lenovo Legion Go dan unit FPS Mode.

Satu lagi aksesori untuk pad kawalan yang boleh anda pertimbangkan adalah Lenovo Go Joystick Caps. Ia sarung getah yang boleh dipasang pada tuil alat kawalan yang katanya boleh pertingkatkan kejituan input kawalan sewaktu bermain. Setiap set datang dengan dua set Joystick Caps berlainan warna seperti Eclipse Black, Lenovo Red, Luna Grey, dan Glacier White.

Anda boleh layari laman rasmi aksesori Lenovo Go Joystick Caps untuk maklumat lanjut.

Lenovo Multi-Device Bluetooth Mini Keyboard

Disebabkan Legion Go adalah sebuah konsol mudah alih yang menjalankan sistem operasi Windows, makanya potensi untuk lakukan kerja produktiviti tetap ada. Untuk itu, Lenovo perkenalkan pula Lenovo Multi-Device Bluetooth Mini Keyboard yan gboleh bersambung kepada 3 peranti sekali gus sama ada Windows Pc, Android, ataupun iPad.

Pada papan kekunci ini terdapat bateri berkapasiti 300mAh yang boleh berikan waktu guna sehingga 62 jam lamanya dan apabila perlu dicas, port USB-C boleh digunakan.

Anda boleh layari laman rasmi aksesori Lenovo Multi-Device Bluetooth Mini Keyboard untuk maklumat lanjut.

Harga jualan aksesori Lenovo Legion Go di Malaysia

Semua aksesori ini, kecuali papan kekunci Bluetooth, akan mula dijual Disember 2024 pada harga seperti berikut:

  • Lenovo Legion Go USB-C Dock: RM239
  • Lenovo Legion Go Charging Connector: RM279
  • Lenovo Legion Go Carry Case: RM89
  • Lenovo Legion Go Joystick and Joystick Caps: RM44

Anda boleh layari laman rasmi Lenovo untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

MSI guna cip Intel untuk lawan AMD Ryzen Z1 di ROG Ally dan Legion Go?

Harga Lenovo Legion Go dengan Ryzen Z1 Extreme naik RM600?

Lenovo Legion Go tiba di Malaysia, harga lebih mahal daripada ROG Ally

Tags: lenovolenovo legion golenovo malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini beberapa aksesori rasmi menarik Lenovo Legion Go yang boleh anda pertimbangkan

Ini beberapa aksesori rasmi menarik Lenovo Legion Go yang boleh anda pertimbangkan

31 August 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN