• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton Saga MC3 kini rasmi, harga bermula serendah RM37,990

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:55 pm
  • 28/11/2025
  • Komen
Proton Saga MC3 kini rasmi, harga bermula serendah RM37,990
Share on FacebookShare on Twitter

Era baharu tiba lagi untuk Proton apabila pengeluar kereta nasional itu kini rasmi melancarkan generasi terbaharu model ikonik mereka, Proton Saga. Proton Saga serba baharu 2026, atau lebih dikenali sebagai Proton Saga MC3 2026 hadir dengan peningkatan ketara dari segi reka bentuk, prestasi dan ciri keselamatan.

Harga Proton Saga serba baharu 2026

Sebelum pelancaran, Proton ada menyatakan bahawa anggaran harga untuk Saga serba baharu 2026 antara RM40,000 hingga RM50,000. Namun seperti biasa, harga rasmi adalah sedikit berbeza:



  • Proton Saga Premium 2026: RM48,990
  • Proton Saga Executive 2026: RM43,990
  • Proton Saga Standard 2026: RM37,990

Harga di atas termasuk rebat pelancaran RM10,000, sah sehingga 31 Disember 2025.

Untuk generasi ke-4 ini, pembeli boleh memilih beberapa warna menarik termasuk Ruby Red (warna ikonik), Snow White, dan Armour Silver. Turut diperkenalkan ialah dua warna baharu, Deep Marine Blue dan Space Grey.



Bagi varian Premium, ia hadir dengan rim aloi dua tona bersaiz 15 inci, manakala varian Executive menggunakan rim 15 inci dalam kemasan satu tona. Untuk model Standard, Proton melengkapkannya dengan rim bersaiz 14 inci.

Pakej pelancaran Proton Saga 2026

Sempena pelancaran Saga generasi baharu, Proton turut menawarkan beberapa kelebihan untuk pembeli model ini:

  • Waranti 5 tahun / 150,000km
  • 3 kali servis buruh percuma
  • Sokongan overtrade sehingga RM2,000
  • Kadar pembiayaan serendah 2.6%
  • Perlindungan insurans Proton yang dipertingkatkan

Spesifikasi Saga 2026

Saga 2026 menampilkan rekaan semula sepenuhnya dengan gaya yang lebih moden. Bahagian hadapan kini dihiasi gril baharu berinspirasikan motif Sulaman Songket, diapit oleh lampu utama LED projektor dengan Daytime Running Lamps (DRL).

Bahagian belakang pula tampil dengan lampu LED penuh dan light bar merentasi but, melengkapkan rupa yang lebih premium. Untuk roda, Saga baharu ini menggunakan rim aloi dwitona 15 inci yang direka semula, khas untuk varian tertinggi Premium.

Salah satu peningkatan terbesar terletak di bawah hud. Saga 2026 kini menggunakan enjin 1.5L i-GT baharu, sama seperti yang digunakan pada Proton X50 2026 tetapi tanpa turbo. Enjin ini menghasilkan 118hp (88kW) dan 150Nm tork, digabungkan dengan dua pilihan transmisi sama ada CVT (Premium) atau 4AT (Standard dan Executive)

Proton turut mendakwa penggunaan bahan apinya kini serendah 4.9L/100km (untuk varian CVT). Turut diperkenalkan ialah Electric Power Steering (EPS) bagi pemanduan lebih responsif, sementara talaan Ride & Handling Proton memastikan keseimbangan optimum antara keselesaan dan kawalan.

Satu lagi kemas kini besar, Proton Saga 2026 kini dilengkapi paparan instrumen digital 7 inci dan skrin infotainmen 9 inci, yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) sama ada berwayar atau tanpa wayar.

Perbezaan antara tiga varian Proton Saga 2026

Dari segi keselamatan, Saga 2026 dilengkapi 6 beg udara, serta struktur badan Proton Reinforced Safety Structure (RESS) menggunakan Hot Press Forming (HPF). Selain itu, terdapat juga sistem bantuan pemandu tahap 1 (Level 1 ADAS) dengan sembilan fungsi utama:

  1. Autonomous Emergency Braking (AEB)
  2. Forward Collision Warning (FCW)
  3. Lane Departure Warning (LDW)
  4. Front Departure Alert (FDA)
  5. Intelligent High Beam Control (IHBC)
  6. Rear Collision Warning (RCW)
  7. Lane Change Assist (LCA)
  8. Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  9. Door Opening Warning (DOW)

Galeri imej Proton Saga 2026 varian Premium

Galeri imej Proton Saga 2026 varian Premium

Tags: protonProton SagaProton Saga 2026Proton Saga MC3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Proton Saga MC3 kini rasmi, harga bermula serendah RM37,990

Proton Saga MC3 kini rasmi, harga bermula serendah RM37,990

28 November 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER