• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 7 PHEV rasmi di Malaysia, harga dari RM105,800

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:46 am
  • 05/02/2026
  • Komen
Proton e.MAS 7 PHEV rasmi di Malaysia, harga dari RM105,800
Share on FacebookShare on Twitter

Pro-Net hari ini secara rasmi melancarkan Proton e.MAS 7 PHEV, menandakan ketibaan model plug-in hybrid (PHEV) pertama daripada Proton. Sebelum ini dikenali dengan kod nama GMA03, model ini juga merupakan kenderaan tenaga baharu (NEV) keempat Proton selepas EV e.MAS 5, e.MAS 7 dan X90.

Menariknya, e.MAS 7 PHEV juga menjadi model e.MAS paling pantas memasuki pasaran. Jika e.MAS 7 EV dan e.MAS 5 mengambil sekitar empat hingga lima bulan sebelum dilancarkan secara rasmi, e.MAS 7 PHEV hanya mengambil kira-kira dua bulan sahaja.



Harga dan varian Proton e.MAS 7 PHEV

Proton e.MAS 7 PHEV ditawarkan dalam tiga varian dengan harga seperti berikut, tidak termasuk insurans:

  • e.MAS 7 PHEV Prime – RM105,800
  • e.MAS 7 PHEV Premium – RM119,800
  • e.MAS 7 PHEV Premium Plus – RM125,800

Harga ini sudah termasuk rebat pelancaran RM4,000 yang ditawarkan kepada 5,000 pelanggan terawal.



Selain itu, terdapat juga rebat tukar beli RM4,000 di bawah National Matching Grant Programme untuk e.MAS 7 PHEV bagi pelanggan yang menyerahkan kenderaan lama mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan yang layak, Proton turut menawarkan rebat tukar beli RM1,000 melalui Carsome.

Promosi pelancaran untuk pembeli awal e.MAS 7 PHEV

Sebagai tambahan kepada rebat harga, pembeli awal Proton e.MAS 7 PHEV turut menerima beberapa insentif menarik, termasuk data percuma selama lima tahun dengan kuota 2GB sebulan, serta pengecas rumah wallbox 7kW. Selain itu, pelanggan juga akan menerima add on pakej insurans e.MAS Care secara percuma.

Pilihan warna dan perlindungan waranti e.MAS 7 PHEV

Proton e.MAS 7 PHEV hadir dengan lima pilihan warna luaran iaitu Obsidian Black, Lithium White, Mercury Silver, Galena Grey dan Aquamarine Blue. Untuk bahagian dalaman, pelanggan boleh memilih sama ada Alabaster White atau Onyx Black.

Dari segi jaminan, SUV ini dilindungi waranti kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan. Ia turut disertakan waranti berasingan selama lapan tahun atau 160,000km untuk bateri voltan tinggi dan unit motor elektrik.

Spesifikasi Proton e.MAS 7 PHEV

Model ini dibangunkan atas platform Global Modular Architecture (GMA) khusus untuk (Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle, NEV) Proton membawa kod GMA03 dan merupakan produk ketiga dalam pelan e.MAS Fasa 1 yang merangkumi e.MAS 7 (GMA01)  dan e.MAS 5 (GMA02).

Di peringkat global, model ini dikenali sebagai Geely Starray EM-i, EX5 EM-i dan E5 EM-i, namun versi Proton didatangkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar.

Bagi varian Premium Plus, ia dilengkapi bateri 29.8kWh jenis Geely Aegis Short Blade LFP yang membolehkan jarak pemanduan elektrik sehingga 170km (NEDC) atau 146km (WLTP). Jarak gabungan pula mencecah 1,065km (NEDC) atau 996km (WLTP). Varian ini juga menyokong pengecasan DC sehingga 60kW dan merupakan satu-satunya varian yang ditawarkan dengan bumbung suria panoramik.

Sementara itu, varian Prime dan Premium menggunakan bateri LFP 18.4kWh daripada CATL, dengan jarak pemanduan elektrik 105km (NEDC) atau 83km (WLTP), serta jarak gabungan sehingga 1,000km (NEDC).

Ketiga-tiga varian e.MAS 7 PHEV berkongsi trenkuasa yang sama, iaitu enjin 1.5L aspirasi semula jadi 4-silinder yang menghasilkan 73kW (98hp) dan 125Nm tork, digandingkan dengan motor elektrik 160kW (215hp) dengan tork 262Nm.

Gabungan ini memberikan output maksimum 193kW (259hp) dan tork maksimum 262Nm. SUV ini turut dilengkapi tangki bahan api sebesar 51 liter, dengan penggunaan bahan api sekitar 4.3L/100km bagi varian Prime dan Premium, manakala Premium Plus mencatatkan 4.4L/100km. Pecutan 0–100km/j direkodkan sekitar 8.0 hingga 8.2 saat, dengan kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik kepada 170km/j.

Walaupun menggunakan trenkuasa berbeza, bahagian dalaman Proton e.MAS 7 PHEV hampir sama dengan versi EV. Ia menampilkan skrin infotainmen besar 15.4-inci beresolusi 2.5K serta paparan instrumen digital 10.2-inci. Sistem infotainmen dikuasakan oleh Flyme OS yang diintegrasi peta pengecasan langsung, selain Android Auto dan Apple CarPlay yang ditawarkan sebagai ciri standard.

Untuk perincian lanjut termasuk ciri ADAS dan perbezaan lengkap antara varian Prime, Premium dan Premium Plus, anda boleh lihat artikel berkenaan spesifikasi e.MAS 7 PHEV kami sebelum ini.

Tags: pronetprotonProton e.MASProton e.MAS 7 PHEV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Proton e.MAS 7 PHEV rasmi di Malaysia, harga dari RM105,800

Proton e.MAS 7 PHEV rasmi di Malaysia, harga dari RM105,800

5 February 2026
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER