• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X9s dilancar di Malaysia dengan Dimensity 9500s & trikamera Hasselblad 50MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:29 pm
  • 23/04/2026
  • Komen
Oppo Find X9s dilancar di Malaysia dengan Dimensity 9500s & trikamera Hasselblad 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Find X9 Ultra, Oppo Malaysia turut memperkenalkan ahli baharu dalam siri flagship mereka, Oppo Find X9s. Dari segi spesifikasi, telefon ini sangat menyerupai Find X9 biasa yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, dengan beberapa perbezaan dari segi cip, pilihan warna, dan ia sedikit lebih mahal walaupun tanpa pengecasan wayarles.

Harga & Ketersediaan Oppo Find X9s di Malaysia

Di Malaysia, Oppo Find X9s ditawarkan dalam satu varian sahaja:



  • 12GB + 512GB — RM3,899

Harganya RM200 lebih tinggi berbanding Find X9 ketika dilancarkan, dan ia hadir dalam tiga pilihan warna, Sunset Grey, Lavender Sky, dan Midnight Grey.

Tempahan awal sudah dibuka sekarang sehingga 7 Mei 2026. Pembeli awal akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk rebat RM300, free gift box bernilai RM299, pelan perlindungan skrin 1 tahun dengan harga PWP RM89 sahaja (harga asal RM299), serta keistimewaan melalui My OPPO App termasuk waranti lanjutan 1 tahun, tempered glass percuma dan tiga baucar IoT bernilai RM200 setiap satu.



Find X9s boleh dibeli melalui platform e-dagang rasmi Oppo di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Spesifikasi Oppo Find X9s

Seperti yang disebutkan, Find X9s hampir serupa dengan Find X9 dari segi spesifikasi. Ia menampilkan skrin AMOLED Full HD+ (2760 x 1256 piksel) berukuran 6.59″ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,600 nits.

Selain itu, sistem trikamera Find X9s juga sama dengan Find X9 biasa. Ia merangkumi kamera tetapan tiga kamera 50MP ditala Hasselblad untuk lensa utama, telefoto dan ultralebar. Manakala di depan, ia menggunakan kamera selfie 32MP. Kapasiti bateri juga kekal sama, 7,025mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W.

Namun, berbeza dengan Find X9, model ini tidak menyokong pengecasan wayarles. Selain itu, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500s, sedikit lebih rendah berbanding Dimensity 9500 pada Find X9.

Oppo Find X9s menjalankan ColorOS 16 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak. Dari segi kesambungan, ia dilengkapi WiFi 7, Bluetooth 6.1 dan NFC.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo Find X9s.

Tags: Find X9soppoOppo Find X9sOPPO Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9s dilancar di Malaysia dengan Dimensity 9500s & trikamera Hasselblad 50MP

Oppo Find X9s dilancar di Malaysia dengan Dimensity 9500s & trikamera Hasselblad 50MP

23 April 2026
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN