• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Whatsapp

WhatsApp benarkan sesiapa sertai panggilan tanpa akaun menerusi Guest Calling

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:03 pm
  • 16/10/2026
  • Komen
WhatsApp benarkan sesiapa sertai panggilan tanpa akaun menerusi Guest Calling
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp mengumumkan kemas kini baharu yang membolehkan sesiapa sahaja menyertai panggilan di platform itu, walaupun mereka tidak mempunyai akaun WhatsApp.

Dinamakan Guest Calling (Panggilan Tetamu), ciri ini direka untuk memudahkan komunikasi antara pengguna perkhidmatan itu dengan individu yang tidak berdaftar. Semua panggilan di bawah ciri baharu ini ditawarkan secara percuma, disulitkan secara hujung-ke-hujung (end-to-end encryption), dan tiada sebarang had masa dikenakan.



Ciri baharu ini merupakan penambahbaikan terkini bagi fungsi panggilan WhatsApp, selepas beberapa penambahbaikan yang diumumkan mereka pada Julai lalu.

Cara buat panggilan WhatsApp dengan tetamu

Untuk menggunakan ciri Guest Calling, berikut adalah langkah-langkahnya:



  1. Buka WhatsApp dan pergi ke tab Calls.
  2. Tekan ikon “+”
  3. Cipta pautan panggilan baharu.
  4. Kongsikan pautan tersebut kepada individu yang ingin dijemput.
  5. Tetamu boleh membuka pautan melalui pelayar web komputer dan memasukkan nama mereka.
  6. Tetamu perlu menunggu sehingga hos meluluskan permintaan mereka sebelum boleh menyertai panggilan.

Panggilan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan dengan sehingga 32 peserta. Bagaimanapun, hanya pengguna yang mempunyai akaun WhatsApp boleh mencipta pautan panggilan.

Hos masih mempunyai kawalan terhadap peserta

Walaupun terbuka kepada sesiapa, WhatsApp masih meletakkan kawalan di tangan hos. Setiap tetamu memerlukan kelulusan hos sebelum boleh menyertai panggilan. Mereka akan menunggu di bilik menunggu sehingga hos membenarkan mereka masuk, dan hos juga boleh mengeluarkan tetamu daripada panggilan pada bila-bila masa.

Selain itu, WhatsApp turut mengehadkan beberapa fungsi untuk tetamu bagi menjaga privasi peserta lain. Mereka tidak boleh melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej atau menambah individu lain secara langsung ke dalam panggilan.

Namun, tetamu masih boleh menggunakan beberapa fungsi utama semasa panggilan, termasuk i berkongsi skrin komputer, menghantar reaksi emoji, serta menggunakan butang angkat tangan.

Integrasi kalendar menyusul lewat tahun ini

Dalam masa sama, WhatsApp turut merancang untuk melancarkan integrasi kalendar lewat tahun ini. Dengan ciri ini, anda boleh mencipta panggilan WhatsApp terus daripada Google Calendar atau Outlook.

Menurut WhatsApp, pengguna hanya perlu memasang plugin WhatsApp, sambungkan akaun, kemudian tambahkan pautan panggilan WhatsApp pada jemputan. Semua yang dijemput boleh menyertai panggilan dengan atau tanpa akaun WhatsApp.

[Sumber: WhatsApp]

Tags: Guest Callingwhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
WhatsApp benarkan sesiapa sertai panggilan tanpa akaun menerusi Guest Calling

WhatsApp benarkan sesiapa sertai panggilan tanpa akaun menerusi Guest Calling

16 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN