• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MR D.I.Y. perkenal 13 perkakas rumah baharu dari RM27.90, ada SIRIM & waranti 1 tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:18 pm
  • 19/10/2026
  • Komen
MR D.I.Y. perkenal 13 perkakas rumah baharu dari RM27.90, ada SIRIM & waranti 1 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang mahu mencari perkakas rumah asas tanpa perlu berbelanja besar, MR D.I.Y. kini memperluas lagi pilihan produk mereka. Pengeluar dan peruncit barangan rumah terkenal ini telah memperkenalkan 13 produk baharu, di samping menurunkan harga beberapa barangan terpilih di semua cawangannya di seluruh negara.

Rangkaian baharu ini memfokuskan barangan keperluan harian untuk kategori dapur, pembersihan, dan penjagaan diri.



Menurut MR D.I.Y., langkah ini diambil selepas syarikat mencatatkan jualan lebih 900,000 unit perkakas rumah dalam tempoh dua tahun lalu. Ia sekali gus mencerminkan komitmen mereka untuk menawarkan produk yang praktikal, selamat, dan berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.

Perkakas rumah baharu MR D.I.Y. bermula RM27.90

Antara produk baharu yang diperkenalkan adalah termasuk cerek elektrik, periuk nasi, periuk masak perlahan, seterika wap, pengering rambut dan pembersih vakum.



Berikut adalah harga permulaan bagi beberapa barangan utama:

  • Cerek elektrik: bermula RM27.90
  • Pengering rambut: bermula RM27.90
  • Seterika wap: bermula RM39
  • Periuk nasi: bermula RM53
  • Pembersih vakum: bermula RM79

Selain menambah pilihan baharu, MR D.I.Y. turut mengurangkan harga barangan sedia ada seperti cerek, periuk nasi, pengering rambut dan banyak lagi bagi memberikan lebih nilai penjimatan kepada pengguna.

Ciri keselamatan untuk kegunaan harian

Bagi memastikan aspek keselamatan dan ketahanan, semua perkakas rumah dalam rangkaian ini didatangkan dengan pensijilan SIRIM serta jaminan selama 1 tahun.

Setiap produk juga dilengkapi ciri keselamatan asas untuk kegunaan harian:

  • Cerek elektrik: Mempunyai fungsi tutup automatik serta perlindungan apabila dihidupkan tanpa air dan daripada pemanasan berlebihan.
  • Periuk nasi: Menggunakan periuk dalaman aluminium tanpa salutan, yang tahan calar serta perlindungan beban haba berlebihan.
  • Seterika wap: Dilengkapi kawalan suhu boleh laras, fungsi pembersihan kendiri dan perlindungan pemanasan melampau.

Alex Goh, Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y., berkata pengalaman lebih 20 tahun berkhidmat kepada isi rumah di Malaysia membuatkan syarikat memahami keperluan pelanggan. Menurutnya, pelanggan mahukan produk yang boleh dipercayai, dilengkapi ciri yang penting dan berharga berpatutan.

Beliau menambah bahawa dengan rangkaian yang lebih luas dan harga yang lebih rendah, pelanggan lebih mudah mencari perkakas yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka. Waranti satu tahun pula memberi keyakinan tambahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai barangan dan tawaran terbaharu ini, anda boleh layari laman web rasmi MR D.I.Y. Malaysia atau kunjungi mana-mana cawangan berdekatan.

Tags: MR D.I.Y
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
MR D.I.Y. perkenal 13 perkakas rumah baharu dari RM27.90, ada SIRIM & waranti 1 tahun

MR D.I.Y. perkenal 13 perkakas rumah baharu dari RM27.90, ada SIRIM & waranti 1 tahun

19 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN