Antara nama yang tersohor di dalam bidang muzik, Marshall telah melancarkan koleksi eksklusif sempena ulang tahun ke-60 kolaborasi Marshall bersama Jimi Hendrix.
Koleksi edisi terhad bertemakan kosmik



Membawa tema kosmik dalam siri edisi khas ini diserikan oleh gandingan mantap tiga model utama iaitu fon kepala Major V, pembesar suara mudah alih tahan lasak Emberton III, serta pembesar suara berkuasa tinggi Action III.
Setiap model diberikan nafas baharu menerusi transformasi corak unik kosmik dengan rona warna hitam dan ungu. Dilengkapi perincian perak eksklusif serta lencana khas yang ditempa teliti, kemasan ini melambangkan tenaga, kejelasan bunyi dan ketaksuban abadi Jimi Hendrix terhadap misteri sains fiksyen.
Pembesar suara mudah alih Emberton lll miliki fitur yang gempak
Emberton III edisi khas ini diselimuti pusaran warna ungu yang berani pada gril dan sarung pelindungnya. Marshall menyempurnakan setiap sarung silikon dengan rekaan corak celupan air yang berbeza bagi setiap unit yang dihasilkan.





Bukan itu saja, pembesar suara mudah alih Emberton lll ini memiliki beberapa ciri yang gempak antaranya:
- Kalis habuk dan air: Sedikit kotoran atau percikan air tidak akan menghalang anda daripada terus melayan lagu-lagu Hendrix. Dilengkapi penarafan ketahanan IP67, Emberton III cukup lasak untuk ditenggelami air sedalam 1 meter atau 3 kaki sehingga 30 minit.
- Masa bermain mudah alih lebih 32+ jam: Hanya dengan sekali pengecasan penuh, baterinya mampu bertahan lebih daripada sehari suntuk. Anda mempunyai masa yang sangat luas untuk memutarkan seluruh koleksi album Jimi Hendrix berulang kali tanpa gangguan dan nikmati setiap trek kegemaran anda sepanjang hari.
- Teknologi audio ‘True Stereophonic’: Biarkan kelantangan dan keaslian nada Hendrix mengelilingi anda dari mana-mana sudut. Ciri eksklusif daripada Marshall ini menghasilkan bunyi đari arah 360 darjah yang sebenar, membuktikan bahawa bukan semua pembesar suara dicipta sama taraf.
- Ciri ‘Dynamic Loudness’: Melaraskan keseimbangan nada secara automatik mengikut aras kelantangan, manakala prestasi bass yang dinaik taraf memberikan tone yang lebih mendalam dan bertenaga pada setiap alunan muzik.
Fungsi fon kepala Major V yang padu
Fon kepala Major V melengkapkan trio ini dengan rekaan tahan lasak yang mudah dilipat. Luarannya kekal kemas dengan rona hitam klasik, manakala bahagian dalamnya menyembunyikan corak pusaran ungu dan seni all-seeing eye ikonik Hendrix. Koleksi ini juga tampil dengan binaan serta fungsi fon kepala yang padu.






Berikut antara ciri-ciri unik fon kepala Major V:
- Masa bermain yang panjang: Menurut Marshall, pengguna boleh mendengar lagu-lagu kegemaran tanpa sebarang gangguan dengan tenang, kerana bateri fon kepala Major V ini mampu bertahan sehingga 100 jam.
- Butang ‘M’ boleh laras: Ubah pengalaman audio anda dengan hanya satu sentuhan pada logo huruf ‘M’. Anda boleh menetapkan sendiri fungsi butang ini melalui aplikasi Marshall, sama ada anda memilih fungsi untuk logo huruf ‘M’ untuk melancarkan Spotify Tap secara pantas, menukar tetapan penyama audio (EQ preset), atau mengaktifkan pembantu suara (voice assistant).
- Pengecasan tanpa wayar: Cas bateri fon kepala Major V anda dengan mudah dan bila-bila masa diperlukan. Cukup sekadar meletakkan fon kepala di atas pad pengecas tanpa wayar dan ia sedia digunakan. Selain itu, Major V tetap boleh dicas menggunakan kabel USB-C yang disertakan di dalam kotak.
Pembesar suara Action lll berkuasa tinggi
Diinspirasikan dari persalinan baldu dan aksesori perak milik Jimi Hendrix, pembesar suara Acton III tampil memukau dengan balutan baldu renyuk rona ungu di atas kerangka Tolex hitam klasik Marshall.
Rekaan ini disempurnakan dengan plat perak, tombol dan lampu LED serba ungu, serta perincian perak berkilau di sekelilingnya yang memancarkan aura mewah era rock 60 an.






Berikut antara ciri-ciri unik pembesar suara Action lll:
- Rangkaian bunyi yang luas: Melalui kedudukan tweeter yang condong ke luar serta sistem panduan gelombang bunyi (waveguides) baharu, Action III menghasilkan audio yang mantap dan menyebar bunyi muzik secara meluas sehingga ke segenap sudut bilik atau ruang.
- Butang kawalan bergaya: Butang laras untuk bass dan treble, menggunakan tombol perak khas yang berinspirasikan rekaan amp klasik Marshall. Anda boleh menukar mod sambungan antara Bluetooth dan AUX dengan mudah, atau mendengar petikan bunyi unik daripada rakaman asal Hendrix setiap kali pembesar suara ini dihidupkan dan dimatikan.
- Pelarasan bunyi mengikut ruang (placement compensation): Di mana sahaja anda meletakkannya, ciri pintar ini akan mengoptimumkan kualiti audio mengikut keadaan ruang bilik. Sistem ini menganalisis pantulan bunyi secara automatik untuk mengimbangi semula muzik anda.
Ketersediaan koleksi Marshall x Hendrix
Pengedar rasmi untuk Marshall, ASH Asia Malaysia telah mengesahkan kehadiran ketiga-tiga peranti ini secara rasmi untuk pasaran Malaysia walaupun harga tempatan (RRP) masih belum diumumkan lagi.
Penawaran di pasaran akan mula diedarkan melalui saluran pengedar sah, dan anda juga boleh membelinya menerusi kedai rasmi di Lazada serta Shopee sebaik sahaja penyenaraian jualan dibuka.






