• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO Find X akan datang ke Malaysia tapi bila?

  • OLEH Najib
  • 1:09 pm
  • 03/07/2018
  • Komen
OPPO Find X akan datang ke Malaysia tapi bila?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon revolusi terbaru dari OPPO, Find X diumumkan akan tiba di Malaysia. Ia berikutan petunjuk yang diperlihatkan oleh OPPO Malaysia menerusi imej X yang berkilauan.

OPPO Find X baru sahaja dilancarkan di Paris pada 19 Jun lepas, bagaimanapun tarikh ketibaannya di Malaysia masih belum ditetapkan. Yang pasti, ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Berapa lama, entah lah nak.



Find More pic.twitter.com/fx7ygDMs1f

— OPPO Malaysia (@OPPOMalaysia) July 3, 2018

Revolusi yang dibawakan oleh OPPO Find X dapat dilihat paling ketara dengan skrin nirbingkai yang ditampilkannya, tanpa takuk di dahi. Ia dapat dilakukan dengan meletakkan kamera hadapan di dalam modul yang boleh tersimpan di dalam skrin, dan keluar bila mahu digunakan. Modul ini turut menyimpan dwi-kamera belakang dan sistem pengimbas wajah 3D.

OPPO menyatakan modul ini telah diuji ketahanannya membuka dan menutup, dan bergerak sepantas 0.5 saat untuk dibuka. OPPO menggunakan sensor 25MP untuk kamera hadapan Find X dan dwi-sensor 20MP+16MP untuk kamera belakang.



Kuasa dalamannya berkelas peranti utama dengan menggunakan cip Snapdragon 845, 8GB RAM dan storan sebesar 256GB. Baterinya pula 3,730mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC, tetapi kali ini menggunakan sambungan USB-C.

Skrin OPPO Find X juga tak kurang menakjubkan. Ia memiliki nisbah skrin ke badan sebanyak 92.25%, paparan OLED berukuran 6.4-inci, resolusi FHD+ dan melengkung di kedua belah sisi. Tetapi telefon ini tidak memiliki pengimbas capjari, dan menggunakan sistem pengimbas wajah 3D untuk membuka kunci skrin, sama seperti iPhone X.

Untuk mencapai rekaan revolusi sebegini, OPPO mengorbankan port audio 3.5mm di Find X.

Dalam pelancaran di Paris, OPPO turut memperkenalkan Find X edisi Lamborghini. Ia hampir serupa dengan Find X biasa dalam semua aspek, kecuali pengecasan. OPPO memasang pengecasan pantas Super VOOC yang baru ke dalam Find X edisi Lamborghini.

Super VOOC boleh mengecas bateri 3,400mAh di dalam Find X dalam masa 35 minit sahaja, berbanding 90 minit dengan pengecas VOOC. Manakala pengecas biasa 5V/2A pula mengambil masa sekitar 120 minit untuk mengecas penuh.

Di majlis pelancarannya di Paris, OPPO Find X diumumkan berharga EUR999 (~RM 4,704) dengan storan 256GB. Manakala edisi Lamborghini pula berharga EUR1,699 (~RM8,001) dengan storan 512GB. Ia juga dinyatakan akan mula dijual bermula Ogos 2018 di pasaran terpilih.

Biasanya harga peranti di Eropah memang lebih mahal kerana cukai yang agak tinggi, dan dijual lebih murah di Malaysia. Bolehkah OPPO Malaysia meletakkan harga Find X di bawah RM4,000? Adakah Malaysia akan termasuk dalam gelombang pertama jualan OPPO Find X? Kita kena tunggu pengumuman seterusnya dari OPPO Malaysia.

Tags: Find XFind X MalaysiaoppoOPPO Find Xoppo find X malaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO Find X akan datang ke Malaysia tapi bila?

OPPO Find X akan datang ke Malaysia tapi bila?

3 July 2018
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN