• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Nak beli jam pintar? Periksa 6 perkara penting ini untuk dapat model yang sesuai

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:02 pm
  • 02/11/2022
  • Komen
Garmin Descent G1, pelengkap aksi penyelam amatur dan profesional
Share on FacebookShare on Twitter

Ada banyak manfaat miliki jam tangan pintar, antaranya ia ada banyak ciri yang diperlukan seperti kalender, penggera dan boleh jejak kecergasan pengguna. Jika anda nak dapatkan jam tangan pintar, ada 6 perkara yang perlu anda fikirkan sebelum dapatkan jam tersebut. Ini supaya anda dapat miliki model yang sesuai dengan keinginan anda.

1. Kenapa anda perlukan jam pintar?

Anda perlu tahu, kenapa anda nak dapatkan jam pintar. Jam pintar di Malaysia datang dalam pelbagai fungsi, ciri dan pilihan. Ada yang khas untuk sukan, ada yang disediakan khas untuk kanak-kanak dan juga wanita. Contohnya Garmin Lily merupakan model yang sangat sesuai dipakai oleh wanita yang aktif dan ingin bergaya sebab rekaan jam ini sangat elegan. Ia juga didatangkan dengan ciri berguna untuk wanita seperti pengesanan kitaran haid.



Jika tujuan anda gunakan jam pintar adalah untuk jejak aktiviti senaman, maka jam pintar seperti Fitbit dan Garmin adalah sesuai. Ia tampilkan rekaan yang tahan lasak dan mengandungi ciri khusus untuk senaman seperti penjejak tahap oksigen VO2, jangka waktu pemulihan, kesan latihan kecergasan, PulseOX, pengesan denyutan nadi dan penjejak GPS untuk bantu mengukur prestasi anda.

2. Pilih jam dengan sistem pengendalian yang anda sudah biasa

Majoriti rakyat Malaysia guna telefon pintar Apple atau Android dan sudah terbiasa dengan ciri serta sistem pengendaliannya. Oleh itu, penting juga untuk anda pilih jam tangan pintar dengan sistem pengendalian yang mudah anda gunakan. Pengguna iPhone mungkin akan tertarik kepada Apple Watch, sebab ia boleh hantar dan terima panggilan apabila dipautkan dengan iPhone.



Pengguna Android pula mempunyai pilihan yang lebih pelbagai. Kebanyakan jenama menyediakan fungsi lebih baik jika jam tangan mereka digandingkan bersama telefon pintar jenama yang sama. Jam tangan Galaxy Watch dengan telefon Galaxy, jam tangan Apple Watch dengan iPhone, atau jam tangan Huawei Watch dengan telefon Huawei.

3. Semak aplikasi yang tersedia

Sama seperti telefon pintar, jam tangan pintar juga tampilkan pelbagai aplikasi. Anda boleh fikir dahulu aplikasi yang anda mahu sebelum beli jam pintar yang ada di pasaran.

Kebanyakan aplikasi ini boleh dihubungkan terus daripada telefon, lalu anda dapat akses data dengan segera daripada jam tangan pintar. Contohnya, ada jam pintar yang menyediakan kemampuan untuk anda mainkan muzik. Malah, lagi hebat anda boleh simpan lagu dari Spotify dan main tanpa sambungnya ke telefon.

Bukan itu sahaja, terdapat juga model yang membolehkan anda baca mesej WhatsApp yang diterima di telefon melalui jam pintar. Antara model mampu milik yang menyokong ciri ini ialah Amazfit GTS 4 Mini.

4. Perlukan keupayaan membuat panggilan?

Sesetengah orang mungkin rasa sukar untuk bawa telefon pintar mereka keluar bersama, terutamanya jika mereka tidak mempunyai poket atau beg bersama. Lebih-lebih lagi ketika beriadah. Model jam tangan pintar canggih di Malaysia boleh selesaikan masalah ini dengan adanya sambungan selular atau LTE/4G terbina di dalam. Ini membolehkan anda kekal berhubung dan menghubungi orang ramai semasa berada di luar rumah. Antara model yang ada ciri ini adalah Apple Watch dan siri Samsung Galaxy Watch.

5. Semak hayat bateri

Saya yakin anda tidak suka untuk caj peranti berulang kali. Maka, anda perlu dapatkan jam pintar dengan hayat bateri yang panjang untuk memastikan ia dapat berfungsi dalam tempoh yang lebih lama, terutamanya jika anda sentiasa keluar dan sukar untuk temui tempat mengecas. Ada banyak model jam pintar menawarkan hayat bateri panjang. Malah ada juga yang hadir dengan bantuan solar. Contohnya bateri pada Garmin Enduro 2 boleh tahan sehingga 34 hari ataupun sehingga 46 hari dengan bantuan solar.

6. Mahu jam kalis air?

Kalau anda mahu gunakan jam pintar sambil berenang atau mahu ia kekal berfungsi walaupun terkena air hujan, maka pilihlah yang kalis air serta tahan tekanan. Antara pilihan yang boleh anda dapatkan untuk ciri ini ialah OnePlus Watch dan Amazfit Falcon.

Apabila anda tahu jawapan untuk semua 6 perkara ini, bolehlah anda pilih jam pintar yang sesuai untuk didapatkan mengikut bajet anda.

[Sumber: HarveyNorman]

Tags: jam tangan pintar
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Descent G1, pelengkap aksi penyelam amatur dan profesional

TIPS: Nak beli jam pintar? Periksa 6 perkara penting ini untuk dapat model yang sesuai

2 November 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER