Tahun lepas Plantronics hadir dengan BackBeat Go 505 dan kami pernah utuskan reviu berkaitannya. Kali ini mereka menyuntik beberapa penambaikkan dan hadir dengan Go 605. Secara ringkasnya produk Plantronic siri BackBeat Go adalah headfon yang boleh bersambung secara wayarles dan juga berwayar.
Headfon jenis ini amat sesuai untuk dibawa kembara kerana bukan saja mempunyai teknologi wayarles, kedua-dua earcup-nya boleh dilipat dan disimpan secara mendatar agar tidak memakan ruang.
Earcup boleh dilipat rata
Daripada segi luaran, tidak banyak perubahan boleh dicerap antara Go 505 dan Go 605. Perubahan paling ketara adalah pada cawan gegendang headfon yang jauh lebih besar.
Earcup BackBeat Go 505 lebih kecil
Jika edisi yang lalu saya ada mengeluh tentang saiz cawan gegendangya yang terlalu kecil dam pemakaian yang lama menjadikan telinga kurang selesa. Hal ini kerana kelenturan rangka headfon ini agak keras ditambah pula dengan busa yang agak kenyal.
Tapi pada BackBeat GO 605, terima kasih pada rekaan industri baru yang dimilikinya, keselesaan lebih baik saya rasakan berbanding model sebelumnya. Ia disumbang oleh cawan gegendangnya jauh lebih besar dan mencakupi keseluruhan telinga saya. Sungguhpun masih menggunakan busa memory foam seperti sebelumnya, oleh sebab cawan gegendang yang besar, ia tidak menindih bahagian telinga sebaliknya menyangga sekeliling telinga.
Earcup BackBeat GO 605 lebih besar
Lagi mengenai rekaan, ia tetap minimalistik seperti sebelumnya. Salah bukti yang ia adalah satu produk daripada Plantronics adalah pada cebisan fabrik jingga bersulam nama pengeluar itu.
Kini ada cap jenama pada fabrik dan juga kerangka headfon
Butang-butang fizikal masih dikekalkan dan tersebar diseluruh hedfon ini. Earcup sebelah kiri menempatkan butang seperti kawalan suara, play/pause, mikro-USB, serta port audio aux-in.
Pada sebelah kanan pula, anda boleh menemui butang kuasa, lubang mikrofon, serta butang untuk mengaktifkan pembantu maya seperti Cortana, Google Assistant, dan Siri.
Earcup kanan
Earcup kiri
Berbincang tentang hayat bateri pula, berdasarkan helaian spesifiaksi, ia boleh beroperasi sehingga 18 jam. Saya tak pernah kehabisan bateri secara tak sengaja sepanjang penggunaannya. Ia mempamerkan tahap stamina yang tinggi.
Daripada segi kualiti bunyi, BackBeat GO 605 masih mengekalkan penggunaan pemacu bunyi bersaiz 40mm. Jadi anda boleh menjangkakan kualiti yang hampir serupa berbanding BackBeat GO 505
Hayat bateri yang boleh tahan lamanya
Jika anda bukan audiofilia seperti saya, prestasi yang diberikannya amatlah cemerlang. Ketiga-tiga komponen bunyi bass, midrange, dan treble berjaya dihasilkan dengan jayanya. Tapi saya rasakan bahagian bass kali ini lebih padu berbanding BackBeat Go 505 mungkin disebabkan perumah pemacu bunyi yang lebih besar pada edisi kali ini.
Sebahagian besar daripada anda pastinya akan menggunakan headfon ini untuk mendengar Spotify pada kualiti ekstrim. Maka, anda pasti tak menyesal dengan prestasinya.
Kesimpulan
Anda boleh mendapatkan sebuah Plantronics BackBeat GO 605 pada harga RM499 sebuah daripada pengedar sah diseluruh negara. Ia adalah kompetetif jika mengambil kira reputasi jenama itu serta pengalaman mereka dalam bidang audio.
Plantronics bukanlah nama asing dalam bidang audio. Tapi kepakaran mereka lebih tertumpu pada kelengkapan komunikasi malah mereka adalah yang membangunakan kelengkapan perhubungan untuk program Apollo yang membawa Neil Armstrong ke bulan.
Jadi anda boleh meletakkan keyakinan tinggi pada jenama ini untuk memberikan kepada anda pengalmaan audio yang baik.
Antara produk yang ada pemacu bunyi 40mm serta fungsi Bluetooth seperti BackBeat GO 605 adalah seperti:
Apa pendapat anda tentang produk ini? Kongsikannya pada ruangan komen di bawah.