• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO F9 mahu perkukuh takhta raja swafoto Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:16 pm
  • 16/08/2018
  • Komen
OPPO F9 mahu perkukuh takhta raja swafoto Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Cukup sebulan selepas melancarkan Find X, hari ini OPPO Malaysia hadir ke pentas pelancaran dengan memperkenalkan telefon pintar baru, OPPO F9. Ia adalah telefon pintar OPPO dari kelas pakar swafoto dan yang ketiga dari siri-F dilancarkan dalam masa kurang setahun.

Walaupun digelar pakar swafoto, OPPO F9 kali ini tampil dengan sesuatu yang berbeza dari siri-F sebelumnya. Dari segi rekaan, ia memiliki skrin bertakuk kecil ibarat titisan air, memenuhi 90.8% ruangan kaca berukuran 6.3-inci.



Di belakang, ia tampil dengan rekaan kemasan kelopak bunga atau gugusan bintang di angkasa, memberikan rupa unik untuk membezakan dirinya dengan telefon pintar lain. Tiga warna boleh dipilih dari merah, biru dan ungu. Warna-warni ini diberi sentuhan efek gradient menambah keunikannya.

Di dalamnya, OPPO F9 dibekal cip pemproses Mediatek Helio P60 bersama 6GB RAM dan 64GB storan dalaman. Ia memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim dan kad mikroSD serentak. Baterinya sebesar 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC melalui port mikroUSB, pertama seumpamanya di dalam siri-F.



OPPO F9 juga adalah yang pertama dipasang kamera dwi-lensa di belakang, gandingan lensa 16MP F1.8 dan lensa 2MP F2.4 untuk menghasilkan efek bokeh dan mod potret. Bagi kamera hadapan, ia diperkasa lensa 25MP F2.0 sesuai dengan gelaran pakar swafotonya.

Dengan keunikan dan prestasi sebegini, OPPO Malaysia meletakkan tanda harga RM1,399 bagi OPPO F9, mengekalkan harga yang sama dengan OPPO F7 ketika dilancarkan pada April lepas. OPPO juga telah membuka tempahan awal untuk OPPO F9, dari 16 hingga 29 Ogos 2018

Hadiah percuma bernilai RM299 disediakan untuk semua tempahan awal dalam tempoh tadi dalam bentuk Thermos OPPO F9, pembesar suara Bluetooth dan kad keahlian O-Club. Tempahan awal ini boleh di buat di Stor Online OPPO, Stor Konsep OPPO di seluruh Malaysia, serta di Senheng, SenQ, Lazada, Shopee dan 11street. Semua tempahan awal boleh mula diambil atau akan dihantar pada 30 Ogos 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang telefon pintar OPPO yang baru ini, layari laman web OPPO F9.

Tags: oppoOPPO F9OPPO F9 MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO F9 mahu perkukuh takhta raja swafoto Malaysia

OPPO F9 mahu perkukuh takhta raja swafoto Malaysia

16 August 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN