Baru-baru ini, CIMB telah mengumumkan transaksi FPX melebihi RM100 akan memerlukan kelulusan SecureTAC untuk mengesahkan transaksi. Notis penting itu dikeluarkan oleh CIMB di laman web mereka yang menyatakan ia akan efektif bermula 19 Mac 2023. Ini adalah langkah CIMB untuk mengurangkan risiko penipuan serta meningkatkan tahap keselamatan sistem perbankan mereka, selari dengan arahan Bank Negara Malaysia untuk memerangi jenayah scam.
CIMB mengingatkan pengguna bahawa SecureTAC perlu disahkan melalui aplikasi CIMB Clicks. SecureTAC masih belum disediakan di dalam aplikasi CIMB Octo. Oleh itu, pengguna CIMB Octo perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi CIMB Clicks bagi mengesahkan transaksi menerusi SecureTAC.
Walau bagaimanapun, diingatkan juga bahawa CIMB hanya membenarkan penggunaan satu peranti sahaja untuk ciri pengesahan SecureTAC, berkuatkuasa 22 Oktober 2022. Jadi, pengguna perlu peka peranti mana yang telah didaftarkan untuk penggunaan ciri SecureTAC.
Sebelum ini, CIMB telah mewajibkan SecureTAC bagi transaksi lebih RM100 melalui laman web CIMB. Tapi, CIMB juga dikatakan akan meluaskan penggunaan SecureTAC pada transaksi bawah RM100. Masih tiada kepastian bila ia akan dilaksanakan.
Jika anda rasa anda telah di scam, anda boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk menyekat aliran wang tersebut. Selain NSRC, anda juga boleh guna ciri Lock Clicks ID di aplikasi CIMB Clicks untuk sekat akses akaun jika terdapat transaksi meragukan.
[Sumber: Lowyat.net / CIMB]