Sempena ketibaan sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Yes 5G kini menawarkan pakej keluarga dengan harga yang sangat menarik. Pakej ini menawarkan internet 5G tanpa had menerusi gabungan pelan Yes Wireless Fibre Home dan dua pelan pascabayar Yes Infinite Basic. Pelanggan pakej ini akan menerima diskaun 50% untuk pelan Yes Wireless Fibre Home, menjadikan seluruh penjimatan bernilai RM1,776 untuk tempoh 2-tahun.
Jika belum tahu, Yes Wireless Fibre adalah perkhidmatan jalur lebar 5G yang menawarkan kuota 5G tanpa had, dengan kelajuan sehingga 120Mbps pada harga RM148/bulan. Jika tiada liputan 5G dan bersambung ke rangkaian 4G, pengguna akan menikmati kelajuan pantas tanpa sekatan, tetapi dengan kuota sebanyak 150GB sebulan. Pelan ini dikenakan kontrak 24-bulan dan datang bersama penghala 5G WiFi 6 bernilai RM1,999 secara percuma.
Dengan promosi pakej keluarga ini, pelanggan hanya perlu membayar Yes Wireless Fibre Home pada harga RM74/bulan (jimat RM74), bersama dua pelan pascabayar Yes Infinite Basic yang berharga RM58/bulan setiap satu. Pelan Yes Infinite Basic memberikan internet 4G+5G tanpa had, panggilan tanpa had ke semua talian serta kuota hotspot 20GB.
Semua ini hanya RM190/bulan untuk jalur lebar tetap di rumah dan dua pelan pascabayar mudah alih tanpa had. Tanpa promosi sebegini, harga pelan ini adalah RM229/bulan.
Tetapi jika anda perlukan lebih daripada 2 talian mudah alih, Yes 5G ada menyediakan pelan tambahan Infinite Special. Talian tambahan ini berharga RM20/bulan, disertakan panggilan tanpa had sesama talian Yes, bersama 20GB data 4G+5G yang turut boleh digunakan untuk hotspot. Setiap pakej keluarga boleh menambah sehingga 3 talian tambahan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi khas Pakej Keluarga Hari Raya, semak ruangan soalan lazim (FAQ) di sini, serta layari laman web rasmi Yes 5G.