• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G lanjutkan ujian beta percuma GeForce Now sehingga 13 April

  • OLEH Najib
  • 4:31 pm
  • 11/04/2023
  • Komen
Yes 5G lanjutkan ujian beta percuma GeForce Now sehingga 13 April
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5G telah melancarkan perkhidmatan permainan video di awan, NVIDIA GeForce Now sejak sebulan yang lepas. Pengguna Yes 5G berpeluang mengujinya secara percuma dan eksklusif, sehingga 10 April 2023. Tetapi selepas tamatnya tarikh tersebut, Yes 5G menghantar notis kepada pengguna dan menyatakan, ujian beta ini dilanjutkan lagi sehingga 13 April 2023.

Kepada yang belum tahu tentangnya, GeForce Now membolehkan pengguna bermain pelbagai tajuk permainan video secara strim di awan. Dengan cara ini, pengguna tidak lagi perlu memiliki perkakas atau komputer berkuasa tinggi. Sebaliknya, apa yang penting adalah internet berkelajuan tinggi, stabil dan rendah kependaman. Paling baik menggunakan jalur lebar tetap atau rangkaian 5G.



GeForce now boleh dimainkan di peranti mudah alih, laptop, komputer desktop atau TV Pintar. Semua pemproses berkuasa tinggi akan diuruskan oleh pelayan NVIDIA dan peranti pengguna hanya digunakan untuk menstrim paparan dan memberi input. Bermakna, anda boleh bermain permainan video AAA yang memerlukan kuasa tinggi di komputer rendah kuasa seperti Apple Macbook Air.

Tetapi, NVIDIA hanya menyediakan perkhidmatan sahaja. Pengguna masih perlu membeli atau memiliki tajuk permainan tersebut. GeForce Now menyokong pelbagai sambungan ke gedung permainan seperti Steam, Epic Games, Ubisoft Connect dan GOG.



Buat masa ini, ujian beta eksklusif Geforce Now oleh Yes 5G ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan Yes 5G. Pas eksklusif ini menawarkan penggunaa sehingga 6 jam sehari serta kuasa RTX diaktifkan.

Bagaimanapun, harga langganan GeForce Now di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini. Yes 5G menyatakan, ia akan memberi harga yang menakjubkan kepada pelanggan Yes 5G kelak. Di Singapura, harga langganan GeForce Now adalah:

  • Harian – dari SGD2.99 (~RM9.91)
  • Bulanan – dari SGD9.99 (~RM33.10)
  • Tahunan – SGD149.90 (~RM496.74)

Bacaan Berkaitan

  • Yes 5G bakal bawa masuk NVIDIA GeForce Now untuk gamer di Malaysia
  • GeForce NOW kini tiba di Malaysia, percuma untuk pelanggan Yes 5G
  • Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck
Tags: GeForce NowYESyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Yes 5G lanjutkan ujian beta percuma GeForce Now sehingga 13 April

Yes 5G lanjutkan ujian beta percuma GeForce Now sehingga 13 April

11 April 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN