Apple dilapor sedang bangunkan alat yang membolehkan mereka mengemas kini iPhone ke iOS yang terkini walaupun unit masih belum dibuka kotak. Kemas kini dilakukan secara wayarles dan ia penting bagi memberikan pengalaman iPhone yang terbaik sejurus iPhone dihidupkan pengguna daripada kotak.
Contohnya, iPhone 15 dipasarkan dengan iOS 17 sewaktu diumumkan namun apabila mula dijual, iOS 17.0.1 sudahpun ada dan kemas kini itu membasmi pepijat yang besar. Apple jangkakan alat ini akan digunakan sebelum 2023 tamat.
Sejak 2021 lagi Apple telah memaklumkan yang iPhone, apabila dimatikan tidaklah terpadam sepenuhnya. Fungsi Find My masih berfungsi menerusi cip Bluetooth yang dimilikinya. Ia membolehkan peranti ini dikesan dan juga mengesan peranti lain dengan cara menghantar data lokasi ke pelayan Find My.
Tidak mustahil ia boleh hidupkan iPhone yang berada di dalam kotak, asalkan iPhone itu ada bateri untuk beroperasi. Apabila dihidupkan, bolehlah bersambung kepada rangkaian Wi-Fi lantas proses kemas kini boleh berjalan.
Sumber: Bloomberg